Noh Omar, Kalau Bodoh Baik Dok Diam! Buat Malu Jer!

Khalid arah PKPS bekal Noh Omar laporan

Oleh: RISWANDI RAZAK

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menyerahkan laporan kewangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) yang telah diaudit kepada Datuk Seri Noh Omar dalam masa terdekat bagi menjawab pertikaian mengenai simpanan tunai syarikat berkenaan yang meningkat kepada RM114 juta tahun lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Timbalan Pengerusi Umno Selangor itu tidak memahami konsep perakaunan yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri kerana konsep tersebut diambil daripada cara syarikat swasta menguruskan kewangan secara efisien.

Menurutnya, Kerajaan Negeri sememangnya melakukan proses penjualan tanah PKPS di Sarawak seperti didakwa Noh, namun pihaknya telah mengasingkan keuntungan penjualan dan operasi.

“Laporan kewangan PKPS telah diaudit oleh golongan profesional, oleh yang demikian, Pengurus Besar PKPS diarah untuk menghantar laporan audit kepada Noh Omar, untuk membuat analisa cara Kerajaan Negeri menguruskan kewangan.

“Berkemungkinan Noh baru belajar tentang perakaunan, tetapi pengalaman saya dalam bidang ini lebih 25 tahun, namun beliau boleh menganalisis laporan ini, terutamanya bagaimana Kerajaan Negeri boleh mendapat keuntungan,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Pelantikan Pengerusi Penggerak Belia Tempatan bagi sesi 2013/2013, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas persoalan diajukan Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, bagaimana PKPS boleh mendapat keuntungan yang tinggi dalam tempoh tiga tahun.

Abdul Khalid berkata, pada peringkat awal, Kerajaan Negeri sememangnya tidak mahu meneruskan proses penjualan tanah tersebut kerana harga yang ditetapkan semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) terlalu murah.

Menurutnya, semua pihak perlu mengetahui fakta sebenar dalam isu ini termasuk harga yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri terdahulu dan membandingkan pengurusan di antara Pakatan Rakyat (PR) dan BN.

“Kita ingin lindungi proses penjualan tersebut, kerana harga yang ditetapkan sangat murah sebelum PR menguasai Selangor, tanah tersebut sepatutnya tidak dijual, fakta ini sangat penting.

Kelmarin, Noh turut mencabar Kerajaan Negeri untuk menyaman beliau sekiranya mendapati pendedahannya mengenai jumlah simpanan tunai PKPS adalah tidak benar.

Sebelum ini, beliau mendakwa simpanan tunai yang meningkat berbanding RM8.3 juta pada 2008 itu, diperolehi hasil transaksi jual beli tanah PKPS di Sarawak ketika BN mentadbir Negeri Selangor, sebelum ini.

Menurutnya, peningkatan keuntungan PKPS itu bukan disebabkan oleh kecekapan pengurusan kerajaan PR, sebaliknya hasil pentadbiran Kerajaan Negeri, terdahulu.

Noh berkata, tanah tersebut dijual pada harga RM97 juta dan pembelinya telah memberi deposit sebanyak RM5 juta kepada Kerajaan Negeri sebelum 2008 manakala bakinya RM92 juta lagi diterima pada penghujung 2010 iaitu ketika PR mentadbir Kerajaan Negeri.

No comments

Powered by Blogger.