Tiada katak BN Sabah, Sarawak lompat parti - Najib
PERMATANG PAUH: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi menafikan dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang mendakwa terdapat 13 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sabah akan menyertai Pakatan Rakyat bagi membolehkannya membuka laluan membentuk kerajaan persekutuan.
"Tiada katak di Sabah dan tiada katak di Sarawak," kata beliau.
"Saya nak beritahu, tak benar ada yang akan melompat parti (dari BN)," kata beliau ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama masyarakat Cina di Kampung Sungai Lembu, Penanti di sini.
Kelmarin, Jeffrey semasa menyampaikan ceramah di Jalan Berapit mendakwa 13 Ahli Parlimen dari Sabah akan menyertai Pakatan Rakyat jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.
Ketika berkempen di Kg. Petani, Permatang Pasir, Anwar berkata, beliau akan mendapat sokongan wakil rakyat Sabah dan Sarawak sebaik sahaja menjejaki kaki semula di Parlimen.
Tambah Najib, yang juga Timbalan Pengerusi BN, beliau menolak dakwaan terdapat Ahli Parlimen BN dari Sarawak yang akan melompat parti.
Sehubungan itu, beliau menasihati rakyat supaya tidak terpengaruh dengan kenyataan mana-mana pihak yang mendakwa terdapat anggota Parlimen BN yang akan bertindak keluar parti.
Sambil menoleh ke arah dua wakil Sabah dan Sarawak yang menghadiri kempennya, Najib berkata,
Ahli-Ahli Parlimen BN akan kekal bersama dalam kerajaan sedia ada.
Mereka ialah Menteri Perumahan Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili dari Sabah.
Bernama melaporkan, Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyidin Yassin menganggap dakwaan yang dibuat Jeffrey itu adalah sebagai "serkap jarang" dan peperangan psikologi yang dilancarkan bagi memancing undi di Permatang Pauh.
"Ini merupakan perang psikologi mendesak pengundi berpihak kepada mereka (PKR). Kalau betul ada, jangan hanya menyebut jumlahnya tetapi senaraikanlah juga nama-nama mereka yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra di jentera pilihan raya kecil Umno cawangan Taman Pauh di sini Selasa malam.
Katanya, dakwaan itu yang melibatkan dua anggota Parlimen dari Parti Maju Sabah (SAPP) dan bakinya wakil rakyat Umno adalah tidak akan berlaku.
"Saya tidak percaya ia akan menjadi kenyataan, itu adalah isyarat untuk mengelirukan pengundi kerana mereka pernah mengeluarkan kenyataan yang sama tetapi tidak satu pun betul," katanya.
BERITA TERDAHULU
BN mahu 'merdekakan Permatang Pauh, tema Anwar 'merdekakan rakyat'
(FOKUS BERITA): Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turun gelanggang untuk kembali sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, melancarkan tema kempennya - "Merdeka - Dari Penindasan dan Kezaliman" pagi ini dengan memberi amaran akan membatalkan semua projek mewah termasuk projek jalur lebar bernilai RM15 bilion dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN).
"Bila kita memerintah, kita akan membatalkan projek ini (projek jalur lebar)," kata Anwar yang menyifatkannya sebagai tidak memanfaatkan rakyat secara langsung.
Ia merupakan antara beberapa projek yang digariskan oleh Anwar, calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh. Ketika ditemui wartawan selepas majlis pelancaran tema kempennya beliau menyenaraikan beberapa projek lain yang memerlukan kajian semula.
Ia termasuklah projek landasan berkembar kereta api.
Hari ini merupakan hari keempat kempen formal berlangsung.
"Kita belum betul-betul merdeka. Negara kita belum-belum merdeka. Kalau ikut hukum undang-undang, undang-undang yang sama perlu digunakan oleh semua," kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran di Seberang Jaya.
Rata-rata beliau menekankan tema itu dipilih untuk memfokus kepada usaha membebaskan daripada penyelewngan, penindasan dan penyalahgunaan kuasa.
Anwar merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dari 1982 hingga 1999 dan kemudian disandang oleh isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sejak 1999 hingga 31 Julai lalu.
Umumnya keluarga Anwar menjadi wakil rakyat Permatang Pauh selama 26 tahun.
Anwar menyandang kerusi itu sejak 1982 sebagai wakil Barisan Nasional (BN).
Tema itu menjelaskan "negara ini bukan milik Umno atau BN, tetapi milik seluruh rakyat."
Bagaimanapun BN pula berpendapat pihaknya mahu "memerdekaan Permatang Pauh" daripada penguasaan Anwar dan keluarganya.
Seorang pemimpin kanan Umno Bahagian Permatang Pauh berkata, "kami hendak memberi peluang kepada pemilih Permatang Pauh membebaskan Permatang Pauh daripada pihak yang tidak membawa pembangunan."
Ia merujuk kepada kepimpinan Dr. Wan Azizah selama hampir 10 tahun.
"Siapa yang hendak memerdekaan kezaliman? Kami mahu Permatang Pauh kembali kepada pemerintahan BN dan Umno," katanya lagi.
Permatang Pauh terdiri daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) - Seberang Jaya, Penanti dan Permatang Pasir.
Ini pertembungan antara dasar tentang dasar masa depan, kata pemimpin Umno ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah berhadapan dengan Anwar.
Kata Anwar, rakyat negara ini belum mendapat kemerdekaan sepenuhnya daripada semua segi termasuk menikmati hasil kekayaan dan pembangunan secara saksama.
Pendirian Anwar membatalkan projek-projek tidak memanfaatkan rakyat secara tidak langsung merujuk kepaBNda kemungkinan beliau akan menjadi Ketua Parlimen dan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, sekali gus menjadi Perdana Menteri.
Tiga hari lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pilihan raya kecil
Parlimen Permatang Pauh bukannya medan untuk pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan dan menentukan bakal Perdana Menteri.
"Biarlah pilihan raya umum sahaja yang tentukan individu yang layak menjadi Perdana Menteri. Pilihan raya umum ke-12 sudah buat keputusan beri tampuk pemerintahan kepada BN.
"Walaupun kalah di Pulau Pinang dan beberapa negeri lain, kita (BN) masih boleh tubuhkan kerajaan, jadi apa perlunya pilihan raya kecil ini," katanya.
Pilihan raya kecil Permatang Pauh diadakan 26 Ogos ini berikutan pengunduran Dr. Wan Azizah, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Anwar sebelum ini beberapa kali menyatakan hasratnya untuk menubuhkan kerajaan baru dengan mengambil alih pentadbiran di Putrajaya.

No comments
Post a Comment