Ulama Pulau Pinang tolak sumpah Saiful, mahu Mahkamah Syariah dengar kes liwat
PERMATANG PAUH: Persatuan Ulamak Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) berkata, kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak harus didengar di Mahkamah Sivil, malah sumpah yang dilakukan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jumaat lalu tidak wajar dilaksanakan sebelum proses kehakiman berlandaskan Islam diselesaikan.
"Kami berpendapat kes ini tiada kewajaran untuk didengar (sebab tiada empat saksi) dan ia juga hanya harus didengar di Mahkamah Syariah," kata Yang Dipertua PUMPP, Dr. Wan Salim Wan Mohd. Nor pada sidang media di sebuah restoran di Seberang Jaya pagi ini, lokasi tidak jauh dari tempat pelancaran tema kempen Anwar pada pukul 11 pagi ini.
Bagaimanapun Wan Salim menafikan tindakan mereka ini ada niat politik menyokong kempen pilihan raya kecil Anwar di Permatang Pauh sekarang.
"Pada asasnya, Islam meletakkan peraturan yang jelas bagi memungkinkan keadilan dicapai melalui proses kehakiman dan pembuktian terlebih dahulu sebelum sebarang sumpah dilafazkan.
"Sumpah sebegini tidak wajar dilaksanakan sebelum proses kehakiman diselesaikan," kata beliau.
Kata beliau, budaya bersumpah ini akan memberi kesan buruk antara lain kepada pelaksanaan sistem kehakiman Syariah di negara ini apabila pada masa akan datang pelbagai pihak boleh menggunakannya sebagai precedent bagi mendahulukan sumpah sebelum proses kehakiman dapat dilakukan.
"Proses pembuktian dan pengadilan akan diketepikan dan pihak yang bersalah boleh memilih untuk menggunakan sumpah bagi menyelamatkan diri daripada hukuman," katanya lagi.
Kata beliau, PUMPP juga berpendirian bahawa Saiful yang mendakwa diliwat tidak ada keperluan untuk melafazkan sumpah memandangkan dia adalah pihak yang membuat pertuduhan.
"Dalam Syariat Islam, kes ini diklasifikasikan sebagai kes Hudud dan pendakwa wajar membawa bukti mengikut Syarak bahawa perlakuan liwat berlaku dan perkara ini akan dibicarakan di mahkamah selaras kaedah feqah, dan pihak pendakwa perlu mengemukakan bukti empat orang saksi manakala yang menafikan dikehendaki bersumpah," katanya.
Isu bersumpah Saiful bukan sahaja menjadi perhatian pihak bukan politik, malah mendapat fokus sebagai bahan kempen dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

No comments
Post a Comment