Jalan-jalan Permatang Pauh

(Dikemasi kini) BERBANDING sepanjang hari semalam, cuaca di Pulau Pinang pagi ini agak 'mesra' bagi membolehkan parti-parti politik berkempen dengan lancar. Cuaca hari sama seperti suasana yang dirasai pada hari penamaan calon - panas terik disusuli dengan hujan selepas tengah hari ini. Setengah tengah hari tadi tiada hujan.

Kedua-dua calon utama memulakan kempen mereka sejak pukul 9 pagi tadi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan kempennya di Pusat Perniagaan Taman Ciku, Permatang Pasir. Selepas berada di kawasan itu kira-kira sejam lebih, beliau menuju ke Seberang Jaya untuk melancarkan tema kempennya "Merdeka" di kawasan deretan bangunan kedai, berhadapan dengan pusat membeli-belah Sunway Carnival Mall kira-kira pukul 11 pagi. Menurut jurucakap PKR, tema itu sepatutnya dilancarkan hujung minggu lalu tetapi ditangguhkan sehingga ke pagi ini. Langkah ini dipercayai bagi memfokuskan kempen pilihan raya Anwar selepas ini dan mengelak fokus keterlaluan ke atas isu bersumpah Saiful.

Nampak gaya sidang media juga terpaksa diadakan di kawasan terbuka dengan panas terik - apa lagi jam menunjukkan pukul 12.15 tengah hari. Lazimnya taklimat media diadakan di Pusat Operasi Utamanya setiap 11 pagi. Isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dengan tetap bersenyum sambil menggunakan kipas tangan untuk 'mencari kesejukan' - bukan sahaja bagi dirinya, malah untuk suaminya dan wartawan yang berada dekat dengan meja sidang media.

Apa pun di sebalik majlis yang diadakan di kawasan terbuka, dalam juga mengharungi panas terik, para pengunjung tetap tertarik dengan tiga buah kenderaan pacuan empat roda, yang dilekatkan dengan pelbagai poster dan wajah-wajah pemimpin dunia bagi menampakkan bahawa Anwar merupakan seorang pemimpin global dan hubungannya dengan pemimpin dunia. Ia mungkin menarik perhatian kerana semalam Gus Dur, bekas Presiden Indonesia berada di Kuala Lumpur untuk memberikan sokongan moral kepada Anwar, rakan lamanya.

Menurut pegawai jentera pilihan raya, hari ini jumlah acara bagi Anwar dikurangkan sedikit. Biasanya beliau menghadiri 10 hingga 15 acara sehari sebagaimana diminta oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat. Selepas majlis pelancaran Anwar ke Pusat Operasi Utamanya untuk menguruskan perkara-perkara lain sebelum meneruskan kempen pukul 5 petang.

Dalam pada itu, Datuk Arif Shah Omar Shah pula memulakan kempennya di Bandar Perda. Beliau juga mengunjungi upacara pengebumian di Kg. Petani dan disusuli kunjungan ke Sg. Lembu, kawasan yang majoritinya masyarakat Cina. Kg. Petani di Permatang Pasir dilawati oleh Anwar semalam. Ia merupakan kubu PAS.

Kemungkinan pendekatan yang berupa begitu, Arif Shah masih belum menonjol dalam kempennya tetapi tetapi mesra dengan ditemani ahli-ahli keluarganya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berada di sini malam ini untuk meneruskan kempen hari keempat dengan mengunjungi empat tempat malam ini - satu menemui masyarakat Cina di Kg. Sungai Lembu - ia sebuah kampung baru yang ditubuhkan lima dekad yang lalu. Walaupun beliau tiba lewa sejam, penduduk tetap menunggu beliau sehingga 10.10 malam. Lawatan beliau menyusul ke Bilik Gerakan BN Tanah Liat, Permatang Pasir dan kemudian ke Majlis Ramah Mesra Seni Bela Diri Negara (Masil) di Permatang Janggus.

Najib tetap mengakui bahawa jumlah kehadiran tidak seharusnya menjadi pengukur kekuatan dan sokongan undi pada Selasa ini.

Ketika tiba di Permatang Janggus, kereta beliau berselisih dengan kenderaan dinaiki Anwar yang turut berceramah selang 100 meter dari lokasi majlis Masil. Nampak gaya, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri semasa 'bertemu' tanpa bersemuka.

Pekerja-pekerja PAS yang mula menurun ke Permatang Pauh semalam - sehari selepas berakhirnya Muktamar PAS di Ipoh, menggerakkan jentera mereka. Kenderaan bergerak dengan fungsi hebahan maklumat mula kelihatan di jalan-jalan raya di kawasan Seberang Jaya.

Bagaimanapun hari ini wartawan mengharapkan kemunculan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat di Permatang Pauh untuk mendengar ceramah kempen beliau. Beliau yang dihubungi memaklumkan bahawa akan berada di sini malam ini.

Difahamkan kempen agresif akan bermula hari ini dengan poster-poster peribadi kedua-dua calon akan dinaikkan hari ini. Di beberapa kawasan poster peribadi sudah dinaikkan malam tadi. Kemungkinan kempen agresif boleh dijangkakan bermula hari dan kempen akan disuntik kerancakan.



Hari Ketiga (Isnin): Kempen pagi terjejas kerana hujan







SUASANA siang hari masih tidak rancak dan agresif yang diharapkan. Keadaan diburukkan lagi dengan hujan yang turun sejak awal pagi. Bagaimanapun seperti semalam dua calon 'utama' telah memulakan kempen sejak awal pagi. Wartawan yang membuat liputan pilihan raya kecil masih menunggu kemunculan calon AKIM, Hanafi Mamat yang menyatakan bahawa beliau akan berada di Permatang Pauh esok.

Kempen hari ketiga Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula pukul 9 pagi dengan lawatan ke pusat Perniagaan Ruby, Bandar Seberang Jaya. Ketikan ini hujan melanda seluruh Pulau Pinang, menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air dan banjir kilat. Antara kawasan dilanda banjir kilat ialah Permatang Rawa - lokasi ceramah bekas Angkatan Muda PKR, Ezam Mohamad Nor malam tadi.

Hujan berterusan sehingga petang.

Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah yang turut memulakan kempen hariannya awal pagi ini mengharungi banjir untuk meninjau keadaan banjir.

Jentera pilihan raya BN menggerakkan strategi kempen dari rumah ke rumah bermula pagi. Mesyuarat dan pertemuan formal dan tidak formal diadakan di kebanyakan pusat operasi.

Kumpulan yang dipilih terlibat dalam kempen rumah ke rumah, khususnya kaum ibu, menghabiskan masa kira-kira lapan jam sehari - pagi dan petang untuk menemui pengundi dan meraih sokongan. Rata-rata peraih-peraih undi Umno yang ditemui berkongsi maklumat bahawa sudah mula terdapat perkembangan positif di kalangan pengundi Melayu kali ini. Menurut peraih-peraih ini, pemilih yang dikunjungi menunjukkan sikap mesra berbanding lima bulan lalu ketika pilihan raya umum Mac lalu.

PKR meneruskan tradisi taklimat harian pukul 10.30 pagi, antara lain menyentuh soal kempen agresif yang dikatakan dilakukan oleh PKR. PKR menafikannya dan PKR mengumumkan ia akan melancarkan tema kempen pilihan raya Anwar - Merdeka pagi esok.

Ceramah Anwar berlaruan hingga tengah malam. Malah ini bekas Timbalan Perdana Menteri ini berceramah di Markas PAS Kampung Petani, Permatang Pasir; kawasan lapang Taman Ciku dan ceramah perdana di Rumah Cikgu Ibrahim Ahmad, Jalan Berapit.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak kembali ke Permatang Pauh dari Kuala Lumpur pukul 4 petang ini dan turut menghabiskan masa melawat bilik-bilik gerakan parti komponen BN.

No comments

Powered by Blogger.