Ke mana pergi calon Akim?
"Mana dia calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) yang kalut masuk bertanding sama. Kami nak jemput dia bagi ceramah atau penerangan kenapa dia turut bertanding melawan calon Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim," demikian reaksi spontan orang kampung sekitar Parlimen Permatang Pauh yang ingin bersemuka dengan calon berkenaan, Hanafi Hamat. Iklan
Tinjauan Harakahdaily semalam mendapati rata-rata para pengundi terutamanya penyokong Pakatan Rakyat tertanya-tanya ke mana perginya calon Akim itu.
Dengar khabar beliau merupakan orang upahan Umno-Barisan Nasional (BN) yang dibayar tunai untuk kos pencalonan dan sedikit habuan sebagai wang saku yang datang dari Pasir Puteh, Kelantan.
Saudara Ramli Hasan 56 berkata, jika terserempak dengan individu bernama Hanafi Hamat pastinya beliau sendiri akan menjemput mengadakan ceramah di halaman kediamanya di Taman Guar Perahu dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti pada bila-bila masa.
Sekurang-kurangnya ia boleh memberinya peluang ujar beliau, sebagai penerangan khas kenapa beliau masuk bertanding atau adakah PAS yang ada sudah jauh menyimpang dari dasar Islam sebenarnya.
"Kalau saya jumpa pasti saya ajak bagi ceramah di depan rumah saya. Masalahnya tak jumpa mungkin dah cunggik balik Kelantan," tegasnya.
Puan Umi Kalthum Ali 50 pula menyifatkan, kemasukan calon Akim itu umpama kacau daun dalam pergelutan antara BN dan Pakatan Rakyat di Permatang Pauh.
Jika dia benar-benar ingin bertanding kenapa sampai hari ini gagal dikesan di mana beliau berada. Adakah beliau bersembunyi setelah mendapat sedikit habuan untuk makan sebulan dua atau lari terus ke Kelantan setelah di 'boo' penyokong Pakatan Rakyat semasa penamaan calon di Maktab Perguruan Tungku Bainun, Bukit Mertajam pada 16 Ogos lepas, katanya.
"Kami penduduk Seberang Jaya ingin melihat kelibatnya di sini bukannya masuk bertanding lepas itu cabut lari," jelasnya.
Beliau pasti, calon sebegini akan hilang wang pertaruhan dan malu sendiri hasil perbuatan yang tidak bertanggungjawab. - mns_

No comments
Post a Comment