adakah norza akan menangis lagi nanti?
Status Datuk Norza Zakaria sama ada layak bertanding kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno, akan diketahui Isnin ini.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pihak sedang menyemak perkara itu.
Pada 13 Mac lalu, Norza dihadapkan di Mahkamah Majistret Temerloh atas dua tuduhan rasuah bagi memenangi jawatan dalam pemilihan parti.
Norza, 43, yang juga ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 6.30 petang di No 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh.
Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata kerana ia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), maka wujud kekeliruan berhubung kes tersebut.
Beliau memberitahu pemberita demikian dalam satu sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini berhubung persediaan perhimpunan agung Umno yang akan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac ini, yang turut menyaksikan pemilihah pucuk pimpinan parti tersebut.
Menurut Tengku Adnan lagi, SPRM juga telah meminta Lembaga Disiplin Umno untuk menyiasat kes tersebut.
"Jadi, ada kekeliruan...kita sedang menyemaknya...," kata beliau lagi.
Ditanya sama Norza ada menawarkan untuk menarik diri daripada bertanding, Tengku Adnan menjawab: "Tak ada".

No comments
Post a Comment