adakah pemuda akan berani?
ALOR SETAR: "Beritahu nama Exco itu. Kalau tidak tuduhan ini tak ada news value (nilai berita), no legal value(tiada nilai undangundang)," kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Mengulas dakwaan Pergerakan Pemuda Umno Kedah bahawa ada anggota exco kerajaan negeri menghina Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Azizan berkata: "So, I will not entertain this kind of nonsense statement. I have so many things to do (Jadi, saya tidak akan layan kenyataan merapu seperti ini. Saya ada banyak kerja nak buat)".
Beliau diminta mengulas perkembangan isu itu, selepas pelantikan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri di Istana Anak Bukit di sini hari ini.
Setiausaha Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat mendakwa menerima surat layang mengandungi dialog seorang Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri menghina Sultan, dalam peti surat rumahya pada 23 Februari lepas.
Pergerakan itu membuat laporan polis supaya perkara itu disiasat.
Sabtu lalu, Azizan meminta Pergerakan Pemuda Umno supaya lebih profesional dalam berhadapan dengan isu surat layang yang mendakwa berlaku penghinaan terhadap Sultan Kedah.
Beliau berkata, perkara tersebut amat mendukacitakan kerana tuduhan yang dianggap tidak berasas itu dibuat semata-mata berdasarkan isi kandungan surat layang yang tidak diketahui dari mana dan siapa pengirimnya.
No comments
Post a Comment