ali rustam bercakap pasal derhaka dan isu raja.

Raja: Kerajaan Diminta Ambil Tindakan Segera

MELAKA, 9 Mac (Bernama) -- Kerajaan perlu segera mengambil tindakan undang-undang lebih tegas terhadap pihak yang cuba melumpuhkan kuasa Raja-Raja Melayu, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata disebabkan kerajaan tidak bertindak untuk menguatkuasakan undang-undang sedia ada telah menyebabkan pihak tertentu berani menghina dan menghasut rakyat supaya membenci Sultan.

"Saya tidak nampak kita perlu lagi pinda undang-undang. Isu sekarang pelaksanaan undang-undang, kuatkuasakan undang-undang, itu yang patut dilakukan sekarang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Melaka di Masjid Al Azim di sini, hari ini.

Mohd Ali mengulas laporan akhbar hari ini bahawa pencabulan berterusan terhadap institusi Raja termasuk cubaan mengheret istana ke mahkamah, didakwa sengaja dicetuskan pembangkang sebagai rancangan besar untuk melumpuhkan kuasa Raja-Raja Melayu.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim dilaporkan berkata tindakan pembangkang kebelakangan ini menggambarkan mereka seolah-olah mahu melihat kuasa Raja-Raja Melayu dihapuskan secara menyeluruh berbanding apa yang berlaku menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan 1993.

Mohd Ali, yang juga Ketua Menteri Melaka, mencadangkan pihak yang menghina dan menghasut rakyat supaya membenci Sultan, dilucutkan kerakyatan atau ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau dihadapkan ke mahkamah.

Mengenai isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Mohd Ali mencadangkan kerajaan memberi pilihan penggunaan bahasa ibunda atau bahasa Inggeris dalam PPSMI di sekolah rendah.

"Mungkin kerajaan boleh pertimbangkan pelajar belajar dan menjawab dalam bahasa ibunda atau bahasa Inggeris. Kalau ini diberi peluang, rakyat ada pilihan, dan kedudukan bahasa Melayu terus bertambah kuat dan menjadi bahasa ilmu," katanya.

-- BERNAMA

kahkah...tak tau nak garu kat mana dah ni..orang bising di pun bising gak..kahkahkah...hang negeri takda raja li...kahkahkah.....derhaka? kahkahkah

No comments

Powered by Blogger.