Amaran tegas polis kepada penulis blog

KUALA LUMPUR 15 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap penulis blog yang memberi komen berbaur fitnah dan tohmahan termasuk menghina institusi raja Melayu.

Musa memberitahu, polis sentiasa menjalankan pemantauan berterusan bagi mengenal pasti blog yang memaparkan komen sedemikian.

"Saya ingatkan, jangan jadikan laman blog sebagai pusat penyebaran fitnah. Penulis perlu sedar perbuatan tersebut salah di sisi undang-undang dan agama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemakaian pangkat Deputi Komisioner kepada Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Salleh Mat Rasid di Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, di sini hari ini.

Musa mengulas isu pendakwaan ke atas enam individu kerana memberi komen menjurus kepada perbuatan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Mahkamah Sesyen di empat buah negeri, kelmarin.

Dua penulis blog itu, Azrin Md. Zain, 33, dan Muslim Ahmad, 54, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini dan Nor Hisham Osman, 36, di Petaling Jaya, Selangor.

Tiga lagi pendakwaan ialah ke atas Rutinin Suhaimin, 35, di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah manakala Chan Hon Keong, 26, dan isterinya, Khoo Hui Shuang, 27, di Butterworth, Pulau Pinang.

kahkahkah....oit orang yang wat kesalahan banyak yang dok lepas...kahkahkah...blogger yang takda duit ni la hangpa dok ugut....kahkahkaha.....kami blogger kampung je!

No comments

Powered by Blogger.