Bolivia arah diplomat AS keluar

LA PAZ: Bolivia semalam mengarahkan diplomat kanan Amerika Syarikat (AS), Francisco Martinez, meninggalkan negara itu dalam tempoh 72 jam selepas presidennya, Evo Morales, menuduh beliau terbabit dalam konspirasi menentang kerajaan berhaluan kiri negara berkenaan.

Martinez, Setiausaha Kedua Kedutaan AS di La Paz adalah ‘persona non grata’ (orang yang tidak diingini), menurut Morales ketika berucap kepada orang ramai di kediaman rasminya.

Beliau berkata, Martinez sudah berhubung secara kekal dengan kumpulan pembangkang sepanjang tempoh konspirasi berkenaan, di mana beliau mendakwa ia menyebabkan penentangan terhadap kerajaan sehingga mewujudkan ketidakstabilan yang berlaku sejak September tahun lalu.

September lalu, Duta AS ke Bolivia, Philip Goldberg turut diarahkan meninggalkan negara berkenaan atas sebab yang sama. -AFP

malaysia mungkin lambat lagi kalau nak buat macam tu!

No comments

Powered by Blogger.