bravo polis!
Polis akan mengesan beberapa individu yang memaki hamun polis semasa sekumpulan wakil rakyat pembangkang dihalang dari memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh untuk menghadiri sidang tergempar yang dijadualkan hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata lebih 200 orang mengadakan perhimpunan sejak awal pagi di luar bangunan itu tetapi keadaan adalah terkawal.
Bagaimanapun, katanya terdapat beberapa individu yang mengeluarkan kata-kata kesat ke arah anggota polis dan polis akan mengesan mereka menerusi gambar yang dirakam, katanya kepada pemberita, lapor Bernama.
Azisman berkata polis juga akan meminta bantuan media untuk menyiarkan gambar-gambar mereka yang terlibat dalam perhimpunan di hadapan bangunan dan mengeluarkan kata-kata kesat selain cuba menghalang anggota polis menjalankan tugas.
Polis mula mengawal kawasan itu termasuk mengadakan sekatan jalan berhampiran bangunan itu sejak petang semalam selepas menerima notis daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bahawa persidangan yang bakal diadakan adalah tidak sah.
Selepas tidak dibenar masuk ke Dewan, Speaker V Sivakumar mengadakan persidangan tergempar di bawah pokok kira-kira 100 meter dari bangunan itu pada kira-kira pukul 10.05 pagi.

No comments
Post a Comment