Bukit Selambau : Buanglah jauh-jauh ketengah laut ketidakpuasan hati kita,marilah bersama kita berganding bahu...

ASIMILASI
oleh N25Bukit Selambau

PKR telah melalui asimilasi yang banyak sejak penubuhanya,daripada perjuangan membebaskan DSAI dalam penjara sehinggalah perjuangan untuk keadilan seluruh rakyat Malaysia.Daripada PKN kepada PKR iaitu Parti Keadilan Nasional sehinggalah Parti Keadilan Rakyat.

Perbezaan pendapat bukanlah sesuatu yang asing dalam PKR.Ia menjadi latihan rohani kepada parti. Keadaan ini juga berlaku pada setiap kali pemilihan calon PRK,termasuk Ijok dan Bkt. Selambau. Kita telah menerima banyak tamparan hebat akibat pemilihan calon yang tidak sesuai dengan parti PKR,terdapat segelintir calon yang menang pada PRU 12 sebenarnya lebih sesuai menjadi calon BN.

Dahulu tiada siapa yang melihat PKR akan mara sebegini rupa,masakan tidak hanya tinggal dua DUN dan satu parlimen.Itu pun Umno BN nak rampas.Maka ramai orang yang layak bertanding berfikir tiga belas kali untuk mewakili PKR. Ada pula yang membuat andaian PRU12 adalah PRU terakhir bagi PKR. Tetapi takdir Allah mengubah segalanya termasuk pandangan terhadap potensi PKR. Dengan strategi mantap dan keyakinan pejuang – pejuang yang istiqamah sementara UMNO BN penuh dengan luka dan nanah, maka takdir Allah menjadi begini.

Diatas keyakinan orang ramai terhadap PKR untuk mengekalkan kerusi Bkt. Selambau maka tak hairanlah lebih 20 individu menawarkan diri untuk bertanding. Hampir semua mempunyai kelayakan untuk bertanding.Awal-awal lagi DSAI teleh mengumumkan bahawa calon Bkt.Selambau akan kekal untuk calon berketurunan India. Sesi pemilihan calon begitu kompleks kerana pelbagai latar belakang ditawarkan,walaubagaimanapun hanya seorang sahaja yang akan dipilih untuk bertanding. Maka dipilihlah oleh MPT PKR untuk meletakkan Manikumar A/L Subramaniam. Seorang anak muda yang mempunyai latar belakang professional dan fasih berbahasa Melayu,jauh lebih baik daripada Md. Nor Yaacob.Menteri kewangan kedua.Lengkap pakej sebagai calon tetapi ada yang tidak mahu menerimanya dengan mendakwa ia calon yang tidak dikenali.

Jadi berlakulah sedikit pertikaian.Sekiranya ini alasan untuk tidak menyokong beliau,maka teramat sedihlah kita dan kita perlu ada lagi satu asimilasi untuk kumpulan ini. Menjadi tugas kita untuk membina persepsi orang ramai terhadap calon kita,apabila kita memberi imej baik maka calon akan ia akan dipandang lebih baik dan juga sebaliknya.Apakah calon yang menang hari ini semua pengundi mengenalinya sebelum berkempen,melainkan mengenali setelah membaca risalah,mendengar ceramah,lawatan calon ketika berkempen dan media.

Bagaimana istilah calon yang tidak dikenali dan calon yang dikenali?Mungkin istilah calon yang tidak dikenali ialah kelompok penyokong yang calon mereka tidak terpilih yang sebenarnya tidak mengenalinya,bilangan mereka mungkin sepuluh atau dua puluh orang sahaja.

Apakah calon yang dikenali ramai atau popular akan menjadi calon yang baik dan menjanjikan kemenangan. Mudah membina calon yang tidak dikenali menjadi calon yang hebat daripada calon yang dikenali tetapi banyak kerja penyucian perlu dilakukan.Sebagai contoh Kalaivanar adalah calon yang sangat dikenali di kawasanya tetapi beliau gagal meraih kemenangan pada PRU 12 yang lepas.

Kita telah kenalpasti wujud individu yang memperhebatkan lagi isu ini walaupun ia perkara yang boleh diselesaikan sehari dua sahaja.Kumpulan ini menggunakan rakan2 India untuk menimbulkan kekerohan.Akhir sekali rakan-rakan India yang dapat busuk sedangkan matlamat mereka yang rakan-rakan India tunaikan. Kumpulan ini diketuai oleh pengkhianat parti PKR,mereka golongan kecewa yang gagal dalam politik PKR,mereka telah lama meninggalkan parti ketika parti menghadapi gelora.Kita hendak melawan UMNO BN bukan makhluk ini.Makhluk ini pernah lari dari membayar bil hospital isterinya dan kebetulan ketika itu ada wayar tertinggal dalam perut isterinya ketika pembedahan.

Calon adalah symbol parti,dan parti adalah pembawa idealisma.Oleh itu,semua penyokong mestilah membuat perkiraan wajar yang meletakkan kepentingan parti lebih tinggi daripada keperluan setompok dua penyokong. Keperluan memenuhi kehendak pengundi ramai yang boleh memberikan impak kemenangan.itu lebih penting.

Keperluan memikat pengundi Melayu adalah keutamaan pada ketika ini di DUN Bkt.Selambau, maka calon mestilah lulus dari sudut ini,bukan semata-mata calon nak jadi exco.Calon yang tidak terpilih kali ini bukan tidak layak tetapi tidak sesuai untuk keadaan semasa.

Kita tidak menafikan hak mereka untuk bersuara,dan kita mengambil perhatian pandangan mereka tetapi apabila kemahuan mereka kita ketepikan untuk sementara waktu janganlah langsung memberikan status berdosa kepada parti. Parti ada pandangan dan rasional keputusan yang dibuat,dan keputusan dibuat didalam mesyuarat tertinggi yang mengambil kira semua aspek dan pengalaman lalu.Janganlah kerana nila setitik habis rosak susu sekolam.

Buanglah jauh-jauh ketengah laut ketidakpuasan hati kita,marilah bersama kita berganding bahu memastikan Pakatan Rakyat menawan kerusi Bkt.Selambau sekali lagi.Lawan Tetap Lawan!!!!!!!

No comments

Powered by Blogger.