Data hilang

Keputusan kes bunuh ditangguh, komputer hakim diserang virus

SHAH ALAM: Keputusan kes pembunuhan seorang lelaki yang membabitkan seorang ahli Pekida ditangguh akhir bulan ini berikutan data kes itu hilang selepas komputer setiausaha hakim yang membicarakan kes itu diserang virus.

Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad menetapkan 30 Mac ini untuk keputusan kes terhadap Irwan Amat, seorang ahli Pekida yang didakwa membunuh Jibal Salim, 40, dalam satu pergaduhan berebut telefon awam.

No comments

Powered by Blogger.