gempar!! Kejadian Sejadah Bersujud berlaku di Malaysia
Sekeluarga terkejut sejadah bangun bersujud
|
|
Kejadian aneh itu berlaku ketika Yusnizam Yusop, 37, dan isterinya, Hanisah Abdullah, 41, bersama dua anaknya sedang bersiap-siap untuk menunaikan solat Maghrib petang semalam.
Hanisah mendakwa, kejadian itu berlaku ketika azan Maghrib sedang berkumandang dari masjid berhampiran dan dia serta dua anaknya baru memasuki bilik solat yang terletak di bahagian hadapan rumahnya.
Menurutnya, salah satu daripada empat sejadah di bilik itu tiba-tiba bergerak dan bangun seolah-olah seperti dalam kedudukan bersujud.
''Ketika (kejadian), azan Maghrib sedang berkumandang dan bersama anak-anak membuka lampu dalam bilik solat dan kami melihat sejadah itu bergerak dan bangun.
''Saya segera memanggil suami (Yusnizam) dan kami anak beranak tidak terkata apa-apa, tersentak dan hanya mengucap berkali-kali," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Hanisah berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 15 minit dan dia sempat merakamkan peristiwa tersebut menggunakan telefon bimbit berkamera miliknya.
Katanya lagi, selepas meneliti gambar yang diambil, dia sekeluarga lebih terkejut apabila mendapati terdapat imej menyerupai wajah manusia di tengah-tengah sejadah tersebut.
''Semasa kejadian, saya cuba memberanikan diri menyentuh dan menekan sejadah tersebut, tetapi mendapati ia 'keras' seperti kertas surih," tambahnya.
Hanisah berkata, salah seorang daripada anaknya kemudian cuba menekan sejadah itu dan ia jatuh semula ke lantai.
Sementara itu, suaminya, Yusnizam memberitahu, dia telah bertemu seorang ustaz berhampiran rumahnya untuk bertanyakan pendapat mengenai kejadian itu.
''Ustaz itu dengan tenang menjawab kejadian itu adalah sebenarnya bertujuan untuk menyedarkan dan ia menunjukkan kebesaran Allah," katanya.
1 comment
Bagi lelaki, solatlah lima waktu di masjid...itulah cara Rasulullah s.a.w.
Bagi wanita, dia ada pilihan di rumahnya atau di masjid. Tapi kalau nak ke masjid jgnlah berhias...
Post a Comment