hello najibtuya...adakah anda masih bermimpi?(2)

Jualan berterusan Bursa didagangan rendah

KUALA LUMPUR 3 Mac - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini ekoran aktiviti jualan habis-habisan secara berterusan di kebanyakan kaunter, terutamanya saham kewangan dan perladangan, kata para peniaga.

Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) merosot 7.82 mata untuk ditutup pada 868.74. Ia dibuka 9.35 mata lebih rendah pada 867.21 pagi ini.

Sepanjang sesi urus niaga, IKKL bergerak antara 863.76 dan 869.61. Indeks Kewangan berkurangan 82.15 mata kepada 6,753.59. Indeks Perladangan lega 50.75 mata kepada 4,278.08.

Untuk indeks-indeks lain, Indeks Perindustrian merosot 20.82 mata kepada 2,066.64 dan FBMEmas susut 45.26 mata kepada 5,683.64 sementara FBM30 berkurangan 46.26 mata kepada 5,615.31.

Sementara itu, FBMMesdaq kehilangan 33.47 mata kepada 3,033.24. Bagaimanapun, FBM2BRD mengukuh 3.94 mata kepada 3,954.81.

Saham-saham rugi mengatasi saham untung dengan 277 berbalas 172 sementara 209 kaunter tidak berubah, 591 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung urus niaga.

Jumlah dagangan hari ini ialah 368.989 juta saham bernilai RM624.263 juta, lebih rendah berbanding 427.273 juta saham bernilai RM751.884 juta semalam.

Jumlah dagangan di Papan utama susut kepada 329.610 juta saham bernilai RM615.809 juta daripada 375.442 juta saham bernilai RM741.496 juta semalam. Jumlah dagangan di Papan Kedua merosot kepada 18.466 juta saham bernilai RM5.558 juta daripada 20.652 juta saham bernilai RM6.036 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq lebih rendah kepada 7.768 juta saham bernilai RM1.784 juta daripada 15.078 juta saham bernilai RM2.630 juta sebelumnya.

Waran-waran turun kepada 12.054 juta saham bernilai RM741,565 berbanding penutup 14.515 juta bernilai RM1.330 juta semalam. Di kalangan saham-saham aktif, KNM Group kehilangan setengah sen kepada 36 sen, Resorts World merosot enam sen kepada RM2.05 dan Compugates turut susut satu sen kepada 15 sen.

Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 11.071 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 59.610 juta, pembinaan 47.021 juta, urus niaga/perkhidmatan 132.627 juta, teknologi 4.313 juta, infrastruktur 9.518 juta, kewangan 26.269 juta, perhotelan 2.406 juta, hartanah 22.072 juta, perladangan 12.711 juta, perlombongan 6,800, REITs 1.970 juta dan dana tertutup 11,200.

- Bernama


ekonomi malaysia masih stabil!!! kahkahkahkah..........................

No comments

Powered by Blogger.