hisyam pondan: tolong terima kepimpinan rasuah!
Terima kepemimpinan Khairy: Hishammuddin
NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meminta semua ahli Pemuda menerima keputusan perwakilan yang memilih Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda dan kembali mengukuhkan semula pergerakan itu terutama dalam menghadapi tiga pilihan raya kecil, 7 April ini.
Beliau yang juga Penasihat Pemuda Umno, tidak mahu pergerakan yang dipimpinnya selama 11 tahun retak selepas pertandingan tiga penjuru merebut jawatan tertinggi pergerakan itu.
"Saya berpegang kepada ikrar ketiga-tiga calon Ketua Pemuda sebelum ini yang akan terus merapatkan barisan walau apa juga keputusan yang ditetapkan perwakilan.
"Saya harap mereka dapat memberi tumpuan kepada tiga pilihan raya kecil yang bakal dihadapi dengan membentuk barisan yang benar-benar berwibawa bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN)," katanya.
Bekas Ketua Pemuda itu berkata, beliau bersedia membimbing pergerakan itu dan Khairy dalam usaha mengukuhkan pergerakan itu.
"Saya difahamkan, Khairy akan mengadakan mesyuarat Exco malam ini (semalam)," katanya.

No comments
Post a Comment