jangan risau..tiada apa yang pelik nanti!
Mesyuarat Lembaga Disiplin Umno esok menjadi tumpuan ekoran tersebarnya khabar angin sejak seminggu lalu yang menyatakan seorang pemimpin kanan Umno akan digantung daripada bertanding dalam pemilihan Umno berhubung kesalahan politik wang.
Malah sebuah akhbar berbahasa Cina telah menghantar 'SMS alert' mengatakan bahawa Lembaga Disiplin akan mencadangkan penggantungan keahlian seorang calon jawatan timbalan presiden Umno.
Menurut SMS tersebut, lembaga itu dijangka mencadangkan pemimpin tersebut digantung keahlian selama tiga tahun.
umno muhyiddin yassin ali rustam muhamad mohd taibTiga orang calon bagi jawatan tersebut ialah Naib Presiden Umno - Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam - dan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Khabar angin yang sama juga heboh diperkatakan di kalangan petugas media di Dewan Rakyat sejak beberapa hari lalu.
Di kalangan Umno sendiri, ianya sedang panas diperkatakan. Malah mereka secara terbuka menyebut nama calon yang akan dikenakan tindakan tersebut.
Pengerusi Lembaga Disiplin Umno itu, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail akan mengadakan sidang akhbar khas petang esok selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.
Dalam sidang akhbar tersebut, beliau dijangka mengumumkan hasil siasatannya yang melibatkan pemimpin terbabit.
Pegawai calon-calon timbalan presiden yang dihubungi hari ini berkata mereka tidak tahu menahu mengenai khabar angin tersebut.
"Kami meneruskan kempen seperti biasa," kata pegawai seorang calon timbalan presiden yang dihubungi hari ini.
Menurutnya, dalam masa 10 hari terakhir ini, pihaknya akan meningkatkan kempen di Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor.
"Malam ini, majlis memperkenal calon-calon di sebuah hotel di Shah Alam," katanya.
jangan risau la....kuasa depa lebih besar dari lembaga disiplin...umno la katakan..kahkahkahkah

No comments
Post a Comment