Jika Semua Calon Disiasat,Tiada Siapa Yang Layak Bertanding!!

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dipetik oleh BERNAMA sebagai berkata semua calon yang bertanding pada pemilihan UMNO, termasuk dirinya sepatutnya disiasat oleh SPRM.

"Saya harap semua termasuk diri saya sendiri perlu disiasat. Dengan syarat bahawa siasatan itu adil dan tidak ada syak wasangka bahawa calon tertentu sahaja disiasat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno yang dipengerusikan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Menara Parlimen di sini hari ini.
Seumur hidup saya, belum pernah saya sokong kenyataan Hishammuddin. Tapi hari ini saya memecahkan rekod diri sendiri: saya sokong kenyataan Hishammuddin supaya semua calon yang bertanding dalam pemilihan UMNO di siasat. Malah bukan saja pemilihan UMNO, pemilihan PAS, PKR, DAP, MCA, MIC, PPP dan parti apa pun wajar disiasat terlebih dahulu. Siasatan pula, bukan saja setakat mencakupi permainan politik wang, tetapi juga rasuah keseluruhannya, isu moral dan salahlaku calon. Jika semua calon semua parti disiasat, barulah kita dapat melihat kepimpinan bersih yang menerajui setiap parti. Dengan itu demokrasi Malaysia akan dapat digerakkan dalam landasan yang betul bukannya politik tong sampah yang meloyakan!

Yang memusykilkan saya jika SPRM siasat semua yang hendak bertanding dalam UMNO, siapa yang akan tinggal untuk bertanding? Jika Najib pun tak layak untuk bertanding kerana dikotori oleh isu moral dan rasuah, siapa yang layak menjawat kerusi Presiden? Jika Muhyiddin dan Muhd Taib tidak layak bertanding kerana pelbagai isu, siapa hendak jadi Timbalan Presiden? Jika Khairy, Khir Toyo dan Mukhriz tidak layak bertanding menjadi Ketua Pemuda kerana pelbagai isu, siapa yang hendak jadi Ketua Pemuda?

Jika cadangan Hishammuddin diterima, saya khuatir nama Malaysia yang sering menjadi jenaka dunia ini akan sekali lagi mencipta rekod kerana tiada siapa yang layak bertanding dalam pemilihan UMNO kerana semuanya ada pelbagai kes rasuah, moral dan salah laku!!

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments

Powered by Blogger.