kerajaan pusat yang prihatin?
KEMENTERIAN Tenaga, Air dan Komunikasi tidak pernah meminggirkan wakil kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dalam setiap perbincangan berkaitan pengambilalihan aset dan liabiliti daripada syarikat konsesi air di negeri itu.
Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor, juga menafikan kerajaan mensabotaj rundingan kerajaan Selangor dengan syarikat konsesi air berhubung hasrat mengurus sendiri pengurusan dan pembekalan air.
"Penstrukturan perlu dilaksanakan bagi mengelak beban kepada pengguna. Saya sudah minta Menteri Besar Selangor supaya perkara ini tidak dipolitikkan kerana yang paling penting ialah (kebajikan) rakyat," katanya.
Berucap menggulung perbahasan titah diraja bagi kementerian berkenaan, beliau berkata, isu sabotaj tidak timbul kerana kerajaan sudah memberi tempoh tujuh bulan kepada Selangor, tetapi masih gagal menyelesaikan rundingan itu.
Katanya, modul penstrukturan berkenaan juga tidak berbeza dengan negeri lain walaupun Selangor di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.
Dalam perkembangan lain, Shaziman berkata, satu jawatankuasa bersama sudah diwujudkan untuk membincangkan cadangan pembinaan jana kuasa tenaga di Sumatera, Indonesia.
sejuk hati bila menteri cakap begitu... ermmm dulu kelan pun mana ada kena buli kan... kerajaan pusat baik sangat, macam-macam kemudahan bagi.....sekat sana sekat sini..tak bagi sana tak bagi sini....cakap kelantan lemah kelantan miskin kelantan tak membangun...... baik sangat kan....puuuiiiihhhhhh! cakap macam orang baik puak umno ni!
No comments
Post a Comment