Khalid Nordin: KPT siasat mahasiswa terlibat demonstrasi PPSMi

Datuk Khalid Nordin

kota Bharu 10 Mac
11.08am | Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang menjalankan siasatan berhubung pembabitan mahasiswa dalam demonstrasi jalanan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di Kuala Lumpur Sabtu lepas.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mahasiswa mungkin tertarik untuk menyertai demonstrasi tersebut kerana ia turut dianjurkan oleh ahli akademik.
Beliau berkata, mahasiswa sepatutnya lebih berhati-hati supaya tidak diperalatkan untuk mencapai kepentingan peribadi dan politik pihak tertentu.

khalid nordin 2Kita sedang siasat penglibatan mahasiswa dalam demonstrasi jalanan ini, macam-macam banner yang ada, mungkin sebahagian daripada mereka yang menganjurkannya terdiri daripada ahli akademik dan sebagainya, maka sebab itulah kita nampak penyertaan daripada mahasiswa.” jelasnya.

Mereka perlu berjaga-jaga supaya apa pun yang mereka terlibat, ia tidak dieksploitasikan oleh mana-mana pihak,” katanya.

Lagi pula polis memberi kebenaran terhadap perhimpunan ini, ia bukanlah perhimpunan haram. Apabila perhimpunan diadakan, ada pihak tertentu yang telah mengambil kesempatan dan menjadikan keadaan kelam kabut,” jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Maulidur Rasul dan Ramah Mesra Calon-Calon Majlis Tertinggi dengan Perwakilan UMNO negeri ini di sini kelmarin.

Calon Naib Presiden UMNO itu diminta mengulas tindakan Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) mengadakan demonstrasi jalanan untuk mendesak kerajaan supaya menarik balik pelaksanaan dasar PPSMI di Kuala Lumpur Sabtu lepas.

Dalam kejadian tersebut, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menghalang perarakan kira-kira 5,000 penyokong perhimpunan yang membantah dasar itu ke Istana Negara.

Mohamed Khaled berkata, kementeriannya perlu menyiasat terlebih dahulu punca penglibatan mahasiswa dalam demonstrasi tersebut sebelum tindakan diambil.

Kita kena siasat dahulu sebab apa mereka terlibat dan tidak mengambil tindakan secara melulu kerana ia melibatkan isu yang besar.

Dalam masa yang sama, saya mengingatkan mahasiswa bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya negara ini dan jika ada masalah yang timbul mereka boleh menyelesaikannya melalui banyak saluran,” katanya.

Terdahulu, badan bukan kerajaan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menggembling lebih 5000 mahasiswa Islam untuk menyertai demontrasi bantah PPSMi tersebut -mahasiswakini

No comments

Powered by Blogger.