kuala lumpur: pondan mengamuk!

KOTA KINABALU 17 Mac - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) mencabar pembangkang menyuarakan segala tuduhan kepada pemimpin UMNO di luar Dewan Rakyat.

Beliau berkata, tindakan menyebarkan fitnah dan hujah-hujah yang tidak berasas di dalam Dewan Rakyat menunjukkan pembangkang mempergunakan imuniti Parlimen demi kepentingan politik mereka.

''Hal-hal yang berhubung kait dengan peribadi seseorang kalau dia berani bawa dalam Dewan, dia kena berani bawa keluar Dewan.

''Kalau tidak ianya akan memberi gambaran kepada orang ramai bahawa apa yang diluahkan dalam Parlimen itu merupakan perkara-perkara yang tiada asas tetapi hanya menggunakan imuniti untuk melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak kukuh,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini malam tadi.

Beliau mengulas keputusan Dewan Rakyat meluluskan usul menggantung Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo selama 12 bulan berkuat kuasa semalam.

Tindakan tersebut diambil ekoran dua kenyataan Gobind yang mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dalam kes pembunuhan selain menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan.

Kenyataan berkenaan dibuat Gobind pada 12 Mac lalu semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009).

Menurut Hishammuddin, tindakan pembangkang mempergunakan imuniti Parlimen juga menunjukkan mereka tidak ikhlas dalam menyuarakan suara rakyat seperti dilaungkan mereka sebelum ini.

''Apa yang mereka lakukan jauh daripada apa yang mereka laungkan sebelum ini dari segi suara rakyat. Kalau suara rakyat, cakap di luar sana dengan rakyat. Kenapa tidak berani?," katanya.

1 comment

Unknown said...

Nak tengok pembangkang menyuarakan segala tuduhan kepada pemimpin UMNO di luar Dewan Rakyat? Nak tengok, bukalah ribuan blog yang melayari alam maya ini, bacalah apa yang rakyat kata, apa yang rakyat fikir.

Kami rakyat tidak ada imuniti, hangpa pemimpin saja yang ada imuniti, ada kes berlambak pun SPRM buat tak peduli aje.

Kepada Hisham, jangan mengamuk, jangan menangis, teruslah bersembunyi di balik imuniti sebagai pemimpin BN..auwwww....

Powered by Blogger.