lagi berita pasal ali rustam...khairy amaran..wak tempe terselamat!

Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno dalam pemilihan parti itu hujung bulan ini.

Manakala calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin pula diberi amaran.

Seorang lagi calon Ketua Pemuda, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula didapati tidak bersalah.

Perkara itu diumumkan oleh Lembaga Disiplin Umno dalam sidang akhbar khas yang sedang berlangsung di ibupejabat Umno di ibunegara petang ini.

Mohd Ali dan Khairy didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang berbunyi: Bilamana seseorang ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi itu didapati bersalah mana-mana melanggar peruntukan Tataetika Ahli Umno, maka Lembaga Disiplin bolehlah menganggap, setelah berpuashati daripada keterangan-keterangan dan/atau bukti-bukti yang dikemukakan kepadanya, bahawa prinsipal kepada ejen, pengurus kempen atau perayu undi itu turut sekali melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Tataetika Ahli ini dan/atau mempunyai pengetahuan mengenai perihal kesalahan-kesalahan tersebut dan boleh mengambil tindakan menghukum prinsipal tersebut seolah-olah dia yang melakukan kesalahan tersebut bersama-sama dengan ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi tersebut.



KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini dilucutkan kelayakan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan kerana didapati terlibat dengan politik wang.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn, di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah tetapi hanya diberikan amaran.

Selain itu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo pula didapati tidak bersalah.

Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, Mohd Ali didapati bersalah Perkara 10.1, Tata Etika Ahli Umno yang membawa hukuman dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden sahaja.

Beliau berkata, sebanyak 29 kes disiasat oleh Lembaga Disiplin dan 15 daripadanya didapati bersalah.

Katanya, ahli-ahli Umno lain yang didapati bersalah adalah Datuk Japlin Akim (Kota Belud), Salmah Pin (Bandar Tun Razak), Saadun Basirun dan Rosli Hasan (Bukit Katil).

Kesemua mereka digantung keahlian selama tiga tahun.


satu impian...satu harapan terkubur..kahkahkah...terbantut perjalanan ali nak p ipoh malam ni....mungkin ali akan berehat seminggu dalam bilik kot..kahkahkahkah..malu!!!! ketua menteri perasuah!!!

1 comment

web admin said...

kesian ali...kahkahkah...hang bocorkan semua rahsia yang hang tahu ali!

Powered by Blogger.