Lebih 100 penuhi pekarangan SUK, peguam Speaker siap di Mahkamah Tinggi
Sekumpulan lebih 100 orang awam daripada masyarakat berbilang bangsa kelihatan berkumpul manakala dimaklumkan bahawa kesemua wakil rakyat Pakatan Rakyat dalam perjalanan menuju ke pintu masuk utama.
Sementara itu di Mahkamah Tinggi pula, barisan peguambela Speaker sudah berada di situ sejak awal pagi lagi antaranya pakar perundangan dan perlembagaan Tommy Thomas, Chan Kok Leong, Philip Koh Tong Ngee dan Augustine Antony dan difahamkan beberapa peguam lain juga dijangka turut hadir.
Sungguhpun begitu, dilaporkan tiada sekatan mahupun barisan pasukan anggota polis yang mengawal di pintu masuk Mahkamah itu berbanding di Bangunan SUK.
Pagi ini dinantikan oleh semua pihak sama ada Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) berjaya diadakan lantaran halangan yang dilakukan oleh pihak polis di Bangunan Perak Darul Ridzuan atas arahan Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Sidang tergempar dijadual pukul 10 pagi manakala satu kes saman ke atas Speaker DUN, V. Sivakumar yang difailkan petang semalam akan didengar di Mahkamah Tinggi pukul 9.00 pagi ini.
Ketua Polis negeri memberi amaran kepada orang ramai agar tidak berkumpul di kawasan bangunan tersebut dan hanya membenarkan pekerja- pekerja pejabat SUK dan orang-orang yang mendapat kelulusan sahaja di benarkan masuk.
No comments
Post a Comment