Mat Taib sedih, Isa faham perasaan Ali

IPOH 17 Mac - Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib sedih dengan nasib rakan yang juga pesaingnya, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan parti hujung bulan ini.

Muhammad yang turut bertanding jawatan berkenaan bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun keputusan itu agak mengejutkan namun semua pihak perlu menghormati langkah yang diambil oleh Lembaga Disiplin UMNO.

Ditanya mengenai peluangnya untuk menang setelah tindakan berkenaan, beliau berkata, keputusan mutlak untuk memilih siapa yang bakal memegang jawatan berkenaan adalah terletak pada perwakilan.

"Peluang saya untuk menang adalah terpulang kepada perwakilan dan saya serahkan kepada mereka untuk membuat pilihan.

"Mengenai tindakan Lembaga Disiplin UMNO, itu saya tidak mahu komen," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis memperkenalkan calon Majlis Tertinggi UMNO dengan perwakilan UMNO negeri Perak di sini hari ini.

Muhammad mengulas mengenai keputusan Lembaga Disiplin parti yang melarang Mohd. Ali daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti akhir bulan ini.

Sementara itu, calon Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang pernah dikenakan tindakan digugurkan jawatan Naib Presiden dan digantung keahlian selama tiga tahun kerana kesalahan politik wang amat memahami perasaan yang sedang dialami oleh Mohd. Ali.

Beliau bagaimanapun berasa kagum dengan sikap Mohd. Ali yang masih kelihatan tenang dan dapat mengawal perasaannya.

"Perasaan saya semasa dikenakan tindakan disiplin dulu memang tidak dapat digambarkan.

"Apa pun saya yakin Mohd. Ali akan buat keputusan terbaik demi parti kerana sebagai pemimpin UMNO yang lama sudah tentu beliau akan menjaga kepentingan parti," katanya.

mat sedih ke? kahkahkahkah....hoi jangan la perli ali lagi... hang pun main rasuah gak...hkahkahkah...... isa pun hang perli musuh lama hang ke? kahkahkah

No comments

Powered by Blogger.