muhyidin: umno mahu berubah dah!
"Ada orang kata Umno sudah sampai ke persimpangan jalan, saya kata Umno dah sampai ke penghujung jalan. Tempoh yang terakhir adalah empat tahun," katanya dalam satu temubual dengan Bernama di sini.
Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang akan bertanding kerusi Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan, mengakui bahawa tugas itu bukan mudah namun barisan pimpinan Umno harus bersedia melakukannya walaupun terpaksa berdepan dengan tentangan daripada pihak tertentu.
"Bagi saya kalau ikut tempoh masa pembaharuan ini, kita kena mula sebaik saja selepas perhimpunan agung. Katakanlah dalam tempoh dalam masa sembilan bulan selepas itu kita telah meletakkan asas-asas, pemimpin parti semua dibawa masuk bincang dalam Umno. Inilah pendekatan yang nak diambil oleh Datuk Seri Najib Razak, dibantu oleh saya dan rakan-rakan lain.
"Merencanakan jadual-jadual...pertama balik ke 'sekolah politik' iaitu kursus (bagi) semua pemimpin Umno, fahami asas perjuangan Umno supaya kita dilihat telah balik ke pangkal jalan, jangan ada lagi nilai-nilai negatif. Ini bukannya mudah," katanya.
Muhyiddin berkata, antara nilai negatif yang mesti dibuang daripada dalam diri ahli Umno ialah sikap mengutamakan diri sendiri supaya persepsi mengenai ahli dan parti dapat diperbetulkan.
Katanya, usaha itu boleh dijayakan melalui penganjuran kursus dan program latihan besar-besaran bagi melatih semula semua peringkat dalam pelajaran politik.
"Sebab saya lihat dalam tempoh 10 hingga 20 tahun ni, kita agak lari, banyak orang lihat kita ini 'self-serving' (utamakan diri), apa yang ada...mesti Umno dulu, ada kontrak...Umno dulu, kalau ada projek...Umno dulu.
"Sejarah Umno (semasa) Datuk Onn Jaafar dulu tak macam itu. Ada sesuatu dia bagi yang rakyat dulu. Kita ini sebagai pejuang tak apa kita hidup papa, yang luar mesti hidup selesa.
"Sekarang ini tidak, kita mesti pentingkan kita dulu, yang ketua bahagian mesti jaga ketua cawangan, mesti jadi ahli dulu, padahal ahli-ahli yang di bawah itu untuk bela nasib orang Melayu di luar," katanya.
Muhyiddin berkata, Umno tidak harus hanya menjadi parti untuk ahli sahaja, sebaliknya parti yang memberi khidmat kepada orang Melayu yang bukan ahli serta masyarakat Malaysia keseluruhannya.
"Sikap lama yang mengutamakan ahli untuk pemberian bantuan tertentu misalnya mesti diperbetulkan kerana selain ahli, orang Melayu yang bukan ahli dan orang bukan Melayu, juga mesti dibantu," katanya.
Muhyiddin yang juga Anggota Parlimen Pagoh, berkata beliau sedang cuba membuat pembaharuan di kawasan yang diwakilinya itu dengan meminta ahli Umno menyelesaikan masalah kaum lain dan begitu juga sebaliknya.
"Sekarang saya pusing...bayangkan kalau Pemuda Umno buat gotong royong di kawasan Cina dan India, begitu juga sebaliknya, apa persepsi masyarakat. Mula-mula orang kata mengada-ngada, kalau dibuat selalu bukan mengada, atau kita dilihat sebagai membantu bukan saja puak-puak kita, tapi membantu semua.
kahkahkahkah...time nak pilihanraya nak tunjuk baik la konon..kata kat rakyat nak berubah la...nak bersih la...tapi erasuah tetap dok julang jugak! kahkahkahkah..... malu kat anak cucu la wei.... pemimpin keja maklan duit haram jer... kahkaha....wang haram besar mesti sumbat punya... berubah? kahkahkahkahkah...
No comments
Post a Comment