Nasihat kami kepada UMNO untuk kesekian kalinya - kembalilah kepada Islam
Kenyataan Media TERAS
27hb Mac 2009
NASIHAT KAMI KEPADA UMNO UNTUK KESEKIAN KALINYA - KEMBALILAH KEPADA ISLAM SEUTUHNYA
Apabila pemilihan dalam persidangan UMNO ke 58 selesai kelmarin , kami dapati bahawa lebih banyak persoalan dari penyelesaian yang dapat diharapkan.
Bagi TERAS bukan soal kaedah pemilihan serta had tempoh perjawatan yang menjadi inti kepada kemelut dalam UMNO yang harus ditumpukan.
Apa yang lebih mendasar ialah adakah barisan pemimpin UMNO yang baru ini benar-benar mahu berganjak dari sebuah parti politik asobiyyah secular kepada parti berteraskan Islam .,atau mahu meletakkan secara murni perjuangan Alif , Ba ,Ta ( agama , bangsa dan tanah air) serta mahu kembali kepada Islam sebagai teras dan dasar perjuangan.
Selain ucapan bekas Presiden , Bekas Ketua Pemuda , bekas Ketua Wanita dan bekas Ketua Puteri dalam perisdangan ke 58 itu , rakyat tidak dapat menghindari dari mengikuti juga ucapan dari perwakilan yang membahaskan ucapan-ucapan ketua mereka
Yang jelas dari kecaman yang bercampur emosi yang berapi-api untuk menentang musuh politik , ternyata maseh belum ada pernyataan dari perwakilan yang bersungguh untuk bermuhasabah diri dan merubah diri.
Ertinya hajat bekas Presiden itu bagaikan harapan angin panas yang dicurah air dingin dan akan diketepikan begitu sahaja.
Sementara TERAS berpendapat memang ucapan dasar itu sudah diperkira paling pedas untuk menegur ahli-ahli UMNO supaya jangan hanya melihat musuh sebagai penyebab kekalahan di medan PRU ke 12 , akan tetapi , nampaknya ada ahli yang maseh meneruskan ciri keangkuhan , tidak mahu merubah kerana sedemikian yakin bahawa UMNO itu berkuasa dan tidak mungkin salah..
Lantaran itu pemimpin yang menang tetap akan meneruskan fe’el dan tabiat order lama untuk mengguna kuasa semahunya asalkan kuasa terus dikekalkan ditangan UMNO.
TERAS melihat sikap dan cara berfikir yang serupa inilah yang menjadi sebab utama ramai orang Melayu di kalangan generasi muda yang sudah tidak berminat dengan UMNO lagi , malah tidak lagi melihat UMNO sebagai wadah yang boleh membela bangsa Melayu.
Sudah banyak yang cuba dilakukan oleh Presiden UMNO sebelumnya yang telah mengeluarkan air mata di hujung kuasanya tetapi ternyata terpaksa mengakui bahawa beliau gagal. Kini bekas Presiden ke 5 itu juga ada menyebut kegagalannya merubah UMNO seperti yang diharapkan.
Bagi TERAS gagal adalah kerana pemimpin-pemimpin Melayu UMNO terus meremeh teguran rakyat dan terus menuding bahawa semua kritikan rakyat adalah dari hasutan pembangkang.
Tidak dapat disembunyikan juga bahawa rakyat maseh melihat UMNO tidak boleh dipulihkan ketika mana ada unsur politik wang yang semacam menyebati dalam UMNO.
Hasilnya , ketika orang yang diharapkan rakyat itu yang sepatutnya dipileh , namun sebaliknya ditolak , akan tetapi orang yang ditolak oleh rakyat namun itu pula yang dipileh.. Inilah kekecewaan yang dirasai oleh rakyat.
Bagi TERAS inilah yang menyebabkan bahawa hayat UMNO akan hanya dapat dipanjangkan jika Islam menempati kedudukan yang paling sentral dalam perjuangan parti itu. Bukan sahaja dari segi lafaz dan tulisan dalam perlembagaan parti itu malah dalam seluruh pemikiran , sikap , pendirian dan penghayatan keperibadian setiap ahli dan pemimpin UMNO.
Kami tidak dapat melihat kemungkinan UMNO akan boleh survive jika watak dan sikap hipokrit pemimpin-pemimpin yang dipileh tidak dibenteras dan tarbiyyah Islamiyyah dipupuk serta dasar Islam benar-benar menguasai seluruh gerakerja UMNO di semua peringkat..
Maka untuk kesekian kalinya , kami tidak nampak seruan yang lain dari menyeru semua pemimpin-pemimpin UMNO agar kembali kepada Islam seutuhnya. Jika UMNO mahu terus survive dikacamata bangsa Melayu , hanya dengan meleburkan diri dalam Islam sahaja akan boleh melanjutkan usia UMNO dalam sejarah Negara.
Jika tidak , selayaknya disiapkan sahaja kain kafan dan keranda untuk rakyat mengadakan upaca pengkebumian UMNO.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

No comments
Post a Comment