pahang daily jawab saipol nyah!

Susulan isu panas Saiful Bukhari Azlan saman Blog Pahang Daily Online hari ini, maka kami menerima berbagai mesej, komen dan email daripada para pembaca di seluruh negara. Soalnya sekarang selepas sekian lama berita tentang isu itu dikeluarkan iaitu kali terakhir pada 15 Februari 2009 lalu, maka kenapa baru sekarang Saiful ingin mempertahankan dirinya. Kononnya beliau difitnah oleh PDO. Tersebarlah maklumat seantero dunia tentang berita ini,. Maka gembira lagilah anak muda yang bernama Saiful Bukhari ini selepas isu "liwatnya" menyepi sekian lama. Ramai yang tertanya-tanya apakah laporan yang kami buat itu benar atau tidak. Sebelum menjawab soal siapakah yang benar siapakah yang salah dalam hal ini, elok rasanya kami mahu membawa pembaca berfikir lebih jauh tentang perkara ini. Berhujjah dengan anak muda seperti Saiful dan dalam kemelut politik yang kucar-kacir dan dalam keadaan semua instrumen kerajaan dilihat "Double Standard" maka kami sebenarnya tidak gentar untuk berhadapan secara "gentleman" dengan beliau.

Bagi kami tindakan saman yang dikemukakan itu akan "membuka pekong didadanya". Kenapa selepas sekian lama baru sekarang mahu membuat laporan. Jika benar difitnah, kenapa tidak terus membuat laporan selepas artikel itu disiarkan. Kenapa baru sekarang mahu "berkokok"? Bukankah hari sudah siang, kenapa tidak berkokok di subuh hari?. Sama juga dengan kes Anwar dulu, Saiful terlupa menyatakan masa beliau diliwat sedangkan tarikhnya sudah ada. Beliau juga terlupa berapa kali dirinya diliwat sedangkan dia yang menjadi mangsanya. Bukankah ini semua persoal-persoalan yang menunjukkan "mamat Saiful" ini hujjah dan cakapnya sudah tidak boleh dipakai sebenarnya. Beliau juga boleh bersumpah dengan memegang Al-Quran dengan "tangan kiri" yang ternyata tidak pernah boleh dilakukan oleh mana-mana umat Islam yang waras akal fikirannya. Saiful bukanlah saksi yang boleh diterima kenyataannya. Begitu juga bila dia mengatakan isu "sakitnya" itu sebagai "fitnah" maka banyak lagi persoalan yang perlu dijawab, antarannya adalah seperti berikut :-
  • Maklumat yang mengatakan Saiful mengalami penyakit misteri di"anunya" adalah satu info sahih yang diperolehi daripada ahli keluarga dan saudara mara beliau sendiri. Saiful harus tahu bukan semua ahli keluarganya yang bersetuju dengan tindakan beliau sebelum ini yang menyatakan diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. Maka kami tetap mempertahankan kebenaran ini. Saiful perlu tanya siapakah yang mendiami rumah bernombor 120 Kg. Janda Baik, Bentong Pahang itu sebenarnya sebelum cuba untuk menyaman blog Pahang Daily Online ini.
  • Kenapa selepas sekian lama isu ini dimainkan?. Apakah agenda mereka sebenarnya. Tentunya ingin mengalih pandangan ramai tentang krisis dan kemelut politik yang melanda negeri Perak sekarang ini. Maka itu Saiful membangkitkan isu ini disaat yang cukup genting. Beliau mengatakan dirinya difitnah oleh PDO dan kononnya dirinya sihat walafiat. Soalnya kemana hilangnya beliau selama ini? Cuba Saiful jawab, orang sihat dan tidak bersalah akan berada di mana-mana seperti Anwar Ibrahim. Tapi Saiful hilang tanpa khabar berita. Ini jelas menunjukkan beliau menjalani proses rawatan atas sakit yang beliau alami sebenar. Bila kita menjalani rawatan, ada kalanya kita akan sihat dan boleh dipimpin serta dipapah untuk membuat sidang media dan mewar-warkan kononya "aku sihat, aku sihat". Siapa yang tahu dia sihat sebenarnya? Wartawan, rakan-rakan atau kita yang menyaksikan beliau muncul di kaca TV itu?. Saiful memang bijak dan pandai berlakon sebenarnya, justeru itu apakah kita harus termakan dengan lakonan anak muda ini lagi? Sedangkan dalam kes Anwar sendiri beliau berdolak dalih tentang liwatnya itu, sekejap kata dipaksa kemudian sekejap kata suka sama suka, akhirnya kata dipaksa pula?. Siapa yang tahu selepas membuat laporan polis dan sidang media, Saiful kembali dipapah dan dipimpin untuk menerima kembali rawatan beliau itu. Ini semua adalah rahsia yang harus dihuraikan sebenarnya. Mengatakan sihat ketika "sihat sekejap selepas menerima rawatan" adalah berbeza dengan "memang sihat" sebenarnya.
  • Kami dengan ini akan "lawan tetap lawan" dengan apa yang dinyatakan oleh Saiful Bukhari itu. Kami tidak hairan kerana beliau kini adalah "idola" puak-puak UMNO sebenarnya. Justeru itulah setiap kali laman blognya dikemaskini pasti media arus perdana akan menghebahkannya. Bukankah ini menunjukkan ianya adalah satu perancangan sebenarnya. Begitu juga dalam hal Saiful membuat laporan polis di Balai Polis Damansara. Mereka sudah merancang, justeru itu kami tidak hairan dalam masa yang sama berpuluh-puluh wartawan media telah menanti Saiful di situ. Ini menujukkan beliau sengaja mahu memperbesar-besarkan kes ini bagi melarikan perhatian rakyat terhadap kemelut politik yang melanda sebenarnya. Saiful juga boleh mengatakan dirinya sihat, tetapi apa bukti beliau sihat? Pernahkah "anunya" ditayangkan sebagai bukti? Dan tidak mungkin kita dapat melihat semua ini kerana itu adalah "mustahil".
Justeru itu kami akan tetap mempertahankan segala kenyataan yang telah kami buat sebelum ini bahawa Saiful Bukhari memang mengalami penyakit misteri dan sedang menerima rawatan di satu lokasi yang tidak dinyatakan sebenarnya. Kita tidak hairan orang yang sakit tiba-tiba boleh baik dan dipapah ke hospital untuk mengambil ubat atau rawatan susulan. Ini biasa berlaku di mana-mana. Maka itu, janganlah melatah dengan apa yang berlaku sekarang ini. Semuanya adalah satu perancangan jahat untuk menjatuhkan nama Pahang Daily Online. Bahkan blog ini juga telah diserang Hackers selepas artikel berkenaan Saiful pada 15 Februari lalu disiarkan. Jika takutkan risiko usah bicara soal kebenaran.

No comments

Powered by Blogger.