panas terbongkar!! akhirnya pak lah berjaya malukan mahathir!
Akhirnya Kini Mahathir Tertipu Lagi, Kemenangan Khairy Adalah Satu Syarat Pak Lah
Melantik Najib Sebagai Perdana Menteri Keenam
KUALA LUMPUR - Ini satu berita panas yang kami terima dari kalangan pemimpin UMNO perihal kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru. Beliau telah mengalahkan calon favourite Mukhriz Mahathir dengan kelebihan majoriti yang banyak. Bahkan Mukhriz juga tewas berdasarkan kiraan undi kepada Khir Toyo. Soalnya, apakah Khairy memang menang atau Mukhriz memang kalah. Menurut sumber, kemenangan Khairy telah dirancang dengan baik oleh Pak Lah Badawi. Itulah perjanjian yang terpaksa diterima oleh Najib Razak sekiranya beliau mahu bergelar Perdana Menteri Malaysia ke-6. Jika tidak beliau hanya akan merasa kerusi empuk Presiden UMNO sahaja dan bukannya Perdana Menteri seperti yang diwar-warkan selama ini. Mahu atau tidak Najib terpaksa akur dengan kehendak Pak Lah itu, biarpun terpaksa pula menerima cemuhan dari Mahathir. Jika dulu, Mahathir marahkan Pak lah kerana tidak tunaikan segala janji-janjinya. Kini Mahathir juga akan marah kepada Najib Razak kerana gagal melaksanakan janji-janjinya itu. Mukhriz dimalukan sedemikian rupa, seolah-olah menunjukkan yang Pak Lah cuba untuk menjatuhkan imej Mahathir. Perancangan asal sudah bertukar dan kini Khairy selesa bergelar Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru. Soalnya sekarang apakah benar Khairy menang dan Mukhriz tewas?.
Khairy Menang Kiraan Undi Kali Keenam?
Selain laporan rasuah "Carpet Bombing" RM10 ribu seperti yang dilaporka sebelum ini. Kini terdapat satu lagi maklumat yang mengatakan Mukhriz tewas setelah pengiraan undi dilakukan sebanyak enam kali. Khabarnya kiraan kali pertama sehingga kelima memihak kepada Mukhriz dan kiraan kali keenam barulah memihak kepada Khairy Jamaluddin. Sama ada laporan ini sahih atau sebagainya, kita sama-sama nantikan laporan polis yang kononnya akan dibuat oleh Pemuda UMNO Perak berhubung dakwaan rasuah yang membawa kemenangan Khairy itu. pahangdaily!

No comments
Post a Comment