Pembangkang Terbabit Kerana Punyai Pandangan Serupa Dengan GMP - Nik Aziz
KOTA BAHARU, 10 Mac (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan pembabitan pembangkang dalam demonstrasi anjuran Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) bukan bertujuan mengambil kesempatan tetapi kerana mempunyai pandangan sama terhadap isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Beliau berkata disebabkan kedua-dua pihak iaitu pembangkang dan GMP mempunyai aliran yang sama maka berlakulah demonstrasi itu secara serentak.
"Ya lah, aliran pemikiran serupa, mana ada manusia yang cintakan bahasa tidak mahu masukkan ilmu Sains dan Matermatik dalam bahasa Melayu, kami pembangkang juga setuju," katanya ketika diminta mengulas penglibatan PAS dalam demonstrasi membantah pelaksanaan PPSMI di ibu negara Sabtu lepas.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demonstrasi itu diadakan kerana kerajaan tidak mempeduli bantahan yang dibuat oleh orang ramai berhubung isu PPSMI.
Beliau menyifatkan kerajaan tidak memahami dengan kehendak pejuang bahasa yang mahu bahasa Melayu diutamakan sehingga sanggup menuduh GMP diperalatkan pembangkang.
Dua hari lepas, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perhimpunan membantah pelaksanaan PPSMI pada Sabtu jelas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demonstrasi jalanan itu.
-- BERNAMA

No comments
Post a Comment