pemuda umno buat boleh ke tuan?

Polis halang hantar memorandum ke Parlimen Khamis ini


KUALA LUMPUR: Polis akan menghalang tindakan kumpulan yang merancang menghantar memorandum kepada Ahli Parlimen tertentu di bangunan Parlimen, Khamis ini, bagi memastikan tidak berlaku sebarang kekecohan di luar dan di dalam bangunan tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohamad Sabtu Osman, berkata, polis akan mengambil tindakan tegas bagi menghalang usaha tersebut termasuk mengadakan kawalan dan sekatan yang lebih ketat.

"Kita sudah banyak kali bertolak ansur, namun tindakan mengadakan perhimpunan dan penyerahan memorandum masih juga dilakukan.


"Kali ini kita tidak akan membenarkan langsung perkara tersebut berlaku," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan rancangan kira-kira 300 individu untuk berhimpun dan menghantar memorandum pada pagi Khamis ini sebagai tanda rasa tidak puas hati terhadap tindakan polis menembak mati enam penjenayah di Kulim, Kedah, bulan lalu.

Katanya, polis tidak akan sesekali bertolak ansur dengan mereka yang ingkar dengan arahan tersebut memandangkan ia adalah perhimpunan haram yang menyalahi undang-undang di bawah peruntukan Seksyen 27 Akta Polis 1967.

No comments

Powered by Blogger.