pengumuman!!! pengumuman!!!!
KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin Umno dijangka mengumumkan hasil siasatan terkini aduan rasuah membabitkan calon jawatan tertinggi parti dan ejen mereka minggu ini.
Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, berkata siasatan membabitkan pemimpin dan ahli Umno itu tumpuan utama pihaknya ketika ini memandangkan pemilihan parti akan berlangsung 24 Mac ini.
“Semua bergantung pada perkembangan terkini siasatan. Jika lancar, kita akan maklumkan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi semalam.
Ditanya sama ada pengumuman itu akan mengubah senarai calon yang akan bertanding, Tengku Ahmad Rithauddeen menjawab ringkas: “Tidak adil bagi saya untuk maklumkan perkara itu sekarang, tunggulah sedikit masa lagi.”
Sebelum ini, Pesuruhjaya Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shukri Abdull, berkata pihaknya yakin dapat menyelesaikan semua siasatan berhubung kes rasuah politik ahli Umno sebelum pemilihan.
Beliau berkata, pihaknya menyerahkan 24 lagi kes kepada Lembaga Disiplin Umno untuk diambil tindakan pada peringkat parti, sama ada kerana tiada bukti kukuh untuk dibawa ke mahkamah atau lebih kepada perlanggaran etika parti.
Penyerahan 24 kes kepada Lembaga Disiplin Umno itu tambahan kepada 30 kes yang dihantar oleh SPRM sebelum ini. SPRM menerima 90 aduan politik wang membabitkan ahli Umno menjelang perhimpunan agungnya.
Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, hanya Tengku Ahmad Rithauddeen boleh memutuskan sama ada kertas siasatan SPRM terhadap ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said, boleh disiasat Lembaga Disiplin Umno atau sebaliknya.
“Keputusan untuk menerima kertas siasatan yang dibuka SPRM itu akan ditentukan Tengku (Ahmad Rithauddeen) sendiri,” katanya.
Minggu lalu, SPRM membuka dua kertas siasatan terhadap Azalina berhubung dakwaan rasuah politik dan menyalahgunakan dana Kementerian Pelancongan selepas menyerbu pejabat menteri berkenaan.
Satu daripada kertas siasatan itu membabitkan kes penemuan wang tunai dipercayai berjumlah RM100,000 dalam kereta seorang pegawai kanannya ketika SPRM melakukan serbuan ke sebuah restoran di Jalan Ampang di sini, Rabu lalu.
Kertas siasatan kedua pula berkaitan dakwaan penyalahgunaan dana bagi menganjurkan satu majlis atas nama kementeriannya, tetapi dihadiri ahli dan pemimpin Umno.
Sumber SPRM berkata, kertas siasatan membabitkan penemuan wang tunai berkenaan sedang dilengkapkan dan akan dihantar kepada Lembaga Disiplin Umno dalam masa terdekat untuk tindakan susulan.
kahkahkah....brapa kali nak wat pengumuman oit?
nak tunggu 12 bulan ke? kahkahkah...oit....nak sorok kemaluan UMNO ke? kahkahkah

No comments
Post a Comment