penyokong ali mengamuk gila babi!

Penyokong Umno berbaring di jalan, cuba menghalang ketua Angkatan Muda PKR keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka selepas membuat aduan terhadap ketua menteri.

Dua penyokong itu, daripada kira-kira 50 orang, berkumpul di depan pintu masuk kompleks suruhanjaya itu di Jalan Taming Sari di bandar Melaka tengah hari tadi.

pkr pas umno ali rustam protest in melaka 180309 04Shamsul Iskandar Mohd Akin memberitahu Malaysiakini, beliau sewaktu kejadian berada di dalam sebuah kereta, ingin pulang selepas lebih sejam di pejabat SPRM mengadu kes politik wang Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Keretanya dikepung oleh penyokong-penyokong Umno itu dalam kawasan kawasan ibu pejabat SPRM, tambahnya.

Naib presiden Umno itu semalam didapati bersalah mengamalkan sogokan politik oleh lembagai disiplin parti itu dan dilarang bertanding merebut jawatan timbalan presiden dalam pemilihan, hujung bulan ini.

pkr pas umno ali rustam protest in melaka 180309 03Shamsul Iskandar, yang berasal dari Melaka, berkata berlaku pertengkaran lebih kurang 15 minit di situ antara kira-kira 30 penyokongnya dengan kumpulan tersebut, yang dipercayai penyokong Mohd Ali.

Sepasukan 40 anggota polis datang meleraikan pertengkaran tersebut dan kedua-dua kumpulan itu bersurai.

Shamsul Iskandar berkata, sewaktu kekecohan itu, keretanya dibaling seketul batu yang menyebabkan cermin depannya retak.

Beliau bercadang membuat aduan polis berhubung kerosakan tersebut.


p marah kat orang umno la...awat yang jadi sawan gila babi nak p kecoh kat orang lain. puuuiihhhhhhhh penakut punya penyokong umno!

No comments

Powered by Blogger.