Perasmi AGM’09 dilayan teruk, Nik Nazmi sah buat pertimbangan akhir


nik nazmi_ydpPetaling Jaya 15 Mac 6.51pm | Adun Seri Setia YB Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan bahawa beliau sedang membuat pertimbangan akhir untuk membuat kenyataan akhbar berhubung layanan tidak profesional pegawai Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA); dan pihak Keselamatan UM ke atas dirinya ketika merasmikan Mesyuarat Agong PMiUM kelmarin.

Saya sedang finalize tindakan mereka ini. Mungkin esok atau lusa, saya akan buat kenyataan media tentang layanan tersebut,” jelas Nik Nazmi melalui telefon.

Ditanya sama ada beliau ada menjemput pemimpin mahasiswa untuk membuat kenyataan bersama, beliau minta kenyataannya dibuat liputan kelak.

Beliau yang juga Setiausaha Politik bagi Menteri Besar Selangor terpaksa menyamar masuk dengan menaiki motorsikal ke Universiti sebelum Majlis Perasmian berlangsung; kerana bimbang dilayan buruk oleh HEPA dan Keselamatan.

Terdahulu, dif Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Mohd Aizat Mohd Salleh memaklumkan bahawa Nik Nazmi ada mempelawa mahasiswa membuat kenyataan akhbar bersama.

Sambil menyifatkan tindakan Universiti tidak profesional, Nik Nazmi menganggap dirinya dilayan seperti pesalah terutama selepas selesai majlis perasmian tersebut.

roslan nik2Nik Nazmi turut diberi amaran oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEPA) Roslan Nik dan beberapa pegawai keselamatan tanpa seragam untuk tidak lagi datang ke Universiti Malaya, sekiranya tidak mendapat kebenaran mereka.

Ketua Keselamatan Ismail Hashim dan Mantan Yang Dipertua PMiUM Muhammad Haafizuddin Abirerah turut menyertai pertemuan tertutup tersebut.

Ketika majlis sedang berlangsung, kelihatan Pemantau HEPA Rozaini asyik menasihatkan Pengarah Program Abu Ubaidah Amir.

Beberapa Special Branch Brickfield dan Tagau GERAK (budak suruhan Azarae) sibuk membuat rakaman visual berhubung majlis tersebut.

Sebelum majlis perasmian berlangsung, Timbalan Naib Canselor HEPA Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Idrus turut mengugut beberapa pemimpin PMiUM untuk mengharamkan pertubuhan Islam tersebut sekiranya mereka masih berkeras menjemput Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perasmi; melalui panggilan telefon.

Roslan Nik dalam kenyataan lain, sekeras-kerasnya menafikan bahawa beliau ada mengugut Abu Ubaidah dan Fatin untuk mengharamkan PMiUM sebelum ini.

Sehingga program tamat, kelibat Anwar langsung tidak kelihatan. -mahasiswakini

No comments

Powered by Blogger.