perlukah ali bersumpah untuk menampakan dirinya besih!

Oleh: Hanafiah Man

Sejak Lembaga Disiplin UMNO petang Selasa umum keputusan melarang Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, tersebar pelbagai cakap-cakap politik.

Paling serius ialah dakwaan ia berpunca dari kerja jahat seorang lagi calon yakni Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk ‘mengenakan’ Ketua Menteri Melaka itu agar hilang kelayakan bertanding.

Naib Presiden UMNO itu dikatakan bukan saja mempengaruhi keputusan Lembaga Disiplin malah didakwa ada bagi AP kepada anak pengerusi lembaga itu Tan Sri Tengku Ahmad Ritahuddeen dan ia sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). .

“Soalnya kenapa saya” katanya dengan nada kesal kepada Agendadaily ketika diminta mengulas dakwaan itu yang turut disebarkan oleh pihak-pihak tertentu menerusi SMS.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu ditemui Rabu malam selepas majlis taklimat Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) kepada Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Dalam perbualan kira-kira setengah jam sambil berdiri dekat pintu masuk lobi hotel berkenaan beliau mengakui sedar mengenai cakap-cakap yang tersebar itu.

Muhyiddin menunjukkan telefon bimbitnya sambil memberitahu beliau sendiri ada terima sebilangan SMS fitnah yang difowardkan kepadanya.

Serentak dengan itu beliau yang kelihatan serius dan tegas mencabar mana-mana pihak yang membuat tuduhan terhadapnya untuk tampil mengemukakan bukti malah membuat laporan kepada pihak yang berkenaan.

“Saya ada maruah, saya ada integriti dan juga reputasi. Jangan buat tohaman dan fitnah hanya kerana ada orang lain yang dikenakan tindakan. Apa kaitan saya dengan tindakan yang dikenakan kepada orang lain oleh Lembaga Disiplin,” ujarnya.

Menjawab tuduhan ada beri AP kepada anak Rithauddeen beliau dengan tegas menjemput pihak yang membuat tuduhan itu bila-bila masa boleh datang ke Kementeriannya untuk menyemak semua fail-fail berkenaan.

Katanya beliau tidak pernah memberikan AP kepada mana-mana syarikat individu yang baru sejak menerajui kementerian itu setahun lalu.

“Soalnya kenapa sekarang baru semua tuduhan itu dilemparkan kepada saya. Jika mereka ada bukti kenapa tidak laporkan perkara itu kepada SPRM dulu lagi. Kenapa selepas Lembaga Disiplin telah buat keputusan baru semua fitnah ini dilemparkan.

“Wallahi, saya tidak buat kerja itu semua,” kata beliau sambil memberitahua sepanjang tempoh kempen ada yang melabelkan beliau sebagai calon kedekut kerana tidak menggunakan wang untuk membeli pencalonan atau sokongan.

Menurut Muhyiddin beliau berani untuk menyatakan pendiriannya itu kerana tidak terlibat dengan amalan menggunakan wang untuk mendapatkan sokongan.

“Buktinya setelah saya memperolehi pencalonan lebih dari 90 UMNO Bahagian kenapa selepas itu, trend pencalonan berubah di mana pencalonan kepada saya semakin kurang dan perlahan. Saya rasa semua orang tahu dan boleh fikir apa sebabnya,” ujar beliau.

Ditanya apakah dengan keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin itu memberi peluang yang lebih kepada beliau atau undi penyokong Ali akan beralih kepada seorang lagi calon iaitu Tan Sri Muhammad Muhd Taib, beliau berkata,

“Saya percaya ada undi yang akan pergi kepada Tan Sri Muhammad dan ada juga akan diberikan kepada saya”.

Beliau menambah, sejak proses pencalonan dari UMNO Bahagian-Bahagian, beliau mempunyai maklumat yang lengkap mengenai tahap sokongan padanya.

Kepada satu soalan berkaitan hal berkenaan ,Muhyiddin berkata beliau tidak kisah samaada bertanding dua penjuru atau tiga penjuru.

“Saya dah biasa menang dan saya juga pernah kalah”,katanya.

Mengenai Lembaga Disiplin, Muhyiddin berkata, ia adalah sebuah badan bebas yang dibentuk oleh Majlis Tertinggi (MT).

Malah katanya, MT dan Jawatankuasa Pengurusan UMNO telah membincangkan peranan Lembaga Disiplin dan mahu ia terus kekal sebagai entiti yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Malah katanya, sebarang keputusan yang dibuat oleh lembaga itu setelah melalui proses siasatan rapi.

MT juga,katanya bersetuju apa jua keputusan ia diumumkan oleh lembaga itu sendiri dan bukannya oleh MT atau Jawatankuasa Pengurusan.

“Peranan lembaga ini telah jelas dan difahami oleh semua ahli MT. Malah ini bukan kali pertama lembaga itu membuat keputusan… dah banyak kali termasuk selepas pemilihan parti pada tahun 2004 di mana Naib Presiden yang menang ketika itu Tan Sri Isa Samad dkenakan tindakan.

“Ketika itu semua pihak akur dan beri pandangan agar menghormati keputusan Lembaga Disiplin. Soalnya kenapa sekarang kita pertikaikan pula,” jelasnya.

Sehubungan itu beliau meminta semua pihak agar memahami peranan Lembaga Disiplin dan menghormati keputusan yang dibuat oleh lembaga itu kerana ia adalah badan yang diwujudkan dan ditentukan peranannya oleh UMNO sendiri. – 18/3/2009 agendadaily

1 comment

PARPUKARI said...

GEMPAR BERITA TERKINI MENGENAI PIMPINAN PKR!

BACA DI SINI!

http://parpukari.blogspot.com/2009/03/yb-fairus-tkm-1-pp-akan-meninggalakan.html

Powered by Blogger.