Pertempuran hebat di dua bukit, satu batang
Medan tunjukan kekuatan Pakatan, BNBermula 29 Mac nanti kita bakal menyaksikan pertempuran hebat calon-calon Pakatan dan BN di DUN Bukit Selambau - Kedah, Parlimen Bukit Gantang - Perak dan DUN Batang Ai-Sarawak. Pertempuran di dua bukit dan satu batang ini pastinya akan menentukan kekuatan serta pengaruh Pakatan dan BN selepas setahun Pilihanraya Umum 2008 berlalu.
7 April dipilih sebagai tarikh pembuangan undi sekaligus tarikh yang bakal menoktahkan nama-nama wakil rakyat baru di ketiga-tiga tempat.
Dua bukit ini adalah milik Pakatan dan Batang Ai pula adalah milik BN.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum disahkan meninggal dunia pada 9 Februari lalu, manakala ADUN Bukit Selambau V Arumugam pula meletak jawatan kerana tidak tahan diugut pada hari yang sama.
24 Februari pula, ADUN Batang Ai, Datuk Dublin Unting, 53 disahkan meninggal dunia sekaligus menjadi tiga kerusi berkenaan kosong dalam bulan yang sama.
BN Umum Calon, Pakatan Umum kemudian
calon-bnPada sabtu lepas (14 Mac) BN telah mengumumkan ketiga-tiga calon mereka dimana Ismail Saffian dari Umno dicalonkan di Bukit Gantang, Datuk S Ganesan dari MIC (Bukit Selambau) dan Malcolm Mussen ak Lamoh di Batang Ai.
Pakatan pula dijangka mengumumkan calon-calonnya pada 26 Mac ini dimana Calon Pas akan bertanding di Bukit Gantang, PKR bertanding di Bukit Selambau dan Batang Ai.
Himpunan Pemuda Pakatan
Himpunan dan Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat sempena PRK Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau akan diadakan pada :
Tarikh : 21 Mac 2009 / 24 Rabiulawal 1430 (SABTU)
Tempat : Parlimen Bukit Gantang, Perak
Masa : 2.00 petang – 5.00 petang
Tarikh : 22 Mac 2009 / 25 Rabiulawal 1430 (AHAD)
Tempat : DUN Bukit Selambau, Kedah
Masa : 2.00 – 5.00 petang
Oleh itu, untuk menyertai Perhimpunan ini bersama konvoi Pemudawilayah sila daftar atau hubungi Saudara Suhaimi Abd Aziz: 019-6039187 atau Setiausaha Pemuda Pas Kawasan masing-masing sebelum 19 Mac 2009.
Peringatan buat semua pihak
Walau apa pun keputusannya undi rakyat diketiga-tiga tempat ini yang menjadi penentu. SPR dituntut untuk bersikap adil dan berkecuali agar rakyat dapat menggunakan kuasa demokrasi mereka untuk memilih.
Rakyat diseru keluar beramai-ramai untuk mengundi dan tunaikan tanggungjawab anda pada negara.
Buat pasukan keselamatan, penguatkuasa dan yang terlibat dalam pilihanraya kecil ini diharapkan mereka dapat bertindak berdasarkan undang-undang dan tidak bersikap double standard.
Kita tidak mahu insiden layanan berat sebelah berlaku lagi dimana aduan dari jentera BN diambil tindakan pantas, tetapi aduan dari jentera Pakatan dibakul sampahkan.
Selain itu buat jentera Pakatan diharapkan dapat mengawal emosi dan juga mengikuti arahan pimpinan serta tidak bertindak secara individu hingga mendatangkan masalah kepada parti.
Kepada jentera BN, diingatkan supaya menjauhi kumpulan samseng dan menyertai semarak kempen dengan penuh beradab bukannya terus bersikap biadap.
Rakyat akan melihat bukan sahaja pada calon tetapi pada petugas jentera pilihanraya yang membantu calon.
Apa jua boleh berlaku tapi yang penting kita kembalilah rujuk pada Allah untuk memohon kemenangan.

No comments
Post a Comment