Polemik PEKIDA telah sampai ke puncak, PEKIDA wajib di HARAMkan


Apa yang terjadi di Perak, ia adalah kemuncak bagi polemik PEKIDA, apakah masih ingin memberi ruang dan peluang kepada PEKIDA untuk terus bergerak bebas mencantas demokrasi yang ada.

Mengapa PEKIDA Perak membisu sejuta bahasa, tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan keterlibatan ahli mereka sama ada dalam bentuk penafian ataupun sokongan atas apa yang telah berlaku.

Akhbar Kosmo dan Berita Harian telah memaparkan wajah-wajah yang dikehandaki untuk membantu siasatan.

Berita Harian


Kosmo


PEKIDA dikatakan banyak terlibat dengan adegan-adegan samseng pilihanraya-pilihanraya yang lepas. Akan tetapi, kita tidak dapat bukti, bukti dalam bentuk "image" dan "video". Kini, kedua-dua elemen tersebut kita telah ada.

Saya ingin memetik kenyataan DSAI mengenai keterlibatan PEKIDA dalam pilihanraya ijok yang lepas.

"Pekida dan gerakan sebelumnya diasaskan sebagai wadah membela bangsa dan agama. Saya pernah berbincang panjang dengan tokoh-tokoh besar terdahulu. Saya masih mempertahankan kemurnian hasrat dan idealisme Pekida.

Namun begitu saya juga sedia maklum bahawa gerakan tersebut diresapi beberapa gerombolan berkepentingan yang lebih asyik dengan kontrak, upah dan lain-lain ganjaran dari Umno khususnya Pemuda. Mereka sanggup bersekongkol dengan perasuah yang mengkhianati amanah bangsa, merompak khazanah negara. "

Apakah PRK 059, PEKIDA kembali untuk menjadi anjing-anjing UMNO CELAKA?

Jika benar, ahli PEKIDA bergerak di atas restu PEKIDA. Jika tidak, PEKIDA perlu bertanggungjawab. Jika YA, maka, PEKIDA ini wajib diharamkan berserta dengan UMNO juga.

Paling jelas, mereka ini menggunakan perkataan ISLAM pada nama Persatuan mereka, dan menyebabkan Islam disalah-sangka. Dan seterusnya menjadi fitnah kepada ISLAM.

PEKIDA - Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiyah Malaysia.

Atas nama pertubuhan, telah memberi impak yang negatif kepada ISLAM atas kelakuan mereka.

Untuk PRK 059, saya mencadangkan kepada sesiapa yang bertanggungjawab membuat risalah atau banner, 'Highlight'kan gambar-gambar 6 individu di atas, untuk menjadi pedoman kepada ahli PEKIDA yang lain.

Supaya, jadi pengajaran, jangan jadi anjing UMNO yang CELAKA!

Mapuh UMNO dalam PRK059 nanti!!

http://peraknews.blogspot.com/2009/03/polemik-pekida-telah-sampai-ke-puncak.html

No comments

Powered by Blogger.