PPSMI: berita bodek untuk tatapan anda?
KUALA LUMPUR: Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) kesal terhadap tindakan pihak tertentu yang sanggup memperalatkan isu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk kepentingan politik, kerana dikhuatiri boleh memberi kesan negatif terhadap pendidikan negara.
Yang Dipertuanya, Ruslan Madon, berkata parti pembangkang yang didakwa menjadi dalang penganjuran demonstrasi jalanan membantah dasar itu Sabtu lalu bagi mencapai kepentingan politik, menggambarkan seolah-olah mereka ingin menonjolkan diri sebagai pejuang isu berkenaan.
“Pihak berkenaan seperti mengambil kesempatan dalam pergolakan isu dasar PPSMI yang sedang berlaku. Bagi GMGBM, biarlah perkara ini diselesaikan dengan baik tanpa perlu ada pihak mengambil kesempatan mengucar-kacirkan keadaan atas motif politik.
“GMGBM menaruh sepenuh kepercayaan terhadap keikhlasan Menteri Pelajaran berusaha menyelesaikan isu PPSMI kerana sekiranya tidak, beliau tidak akan membuka ruang kepada semua pihak berkepentingan, termasuk persatuan, badan bukan kerajaan dan parti politik untuk memberi input melalui beberapa siri persidangan meja bulat.
“Guru besar sentiasa menyokong penuh kepemimpinan Kementerian Pelajaran dan faham penentuan keputusan dasar yang akan diambil perlu mengambil masa. Sebagai pelaksana peringkat akar umbi, GMGBM akan akur kepada sebarang keputusan ditetapkan kelak berhubung dasar PPSMI,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Laporan akhbar semalam memetik Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, sebagai mendakwa parti pembangkang menjadi dalang penganjuran demonstrasi jalanan membantah dasar itu bagi mencapai kepentingan politik mereka.
bang...anak pemimpin pakatan kan belajar kat malaysia jugak...nak bodek pun jangan la lebih2..uwekkkkkkkk....
No comments
Post a Comment