rangsangan najib: ada udang disebalik batu?
(Hrkh) - Rangsang ekonomi negara atau menghalalkan kontrak tertentu yang tidak memerlukan proses tender terbuka, daripada pakej penyelamat RM60 bilion seperti diumum kerajaan semalam.
Iklan
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, kalau tidak berkait dengan politik mengapa pakej rangsangan itu diumumkan menjelang Perhimpunan Agung Umno tidak lama lagi.
"Jadi jelas apa yang dilakukan bukannya semata-mata mahu memulihkan ekonomi negara sebagaimana didakwa," katanya sebagai mengulas mini bajet dibentang Menteri Kewangan, Dato' Seri Najib Razak di Parlimen semalam.
Empat teras ditetapkan pakej rangsangan ekonomi kedua iaitu RM2 bilion bagi mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan, RM10 bilion mengurangkan bebanan rakyat, RM29 bilion membantu sektor swasta dan RM19 bilion bina keupayaan masa depan.
Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri berkata, pakej rangsangan melalui pemberian kontrak pembangunan tanpa telus dikhuatiri menyubur lagi amalan kronisme.
Katanya, projek hanya diberikan kepada kroni-kroni tertentu sahaja yang mengakibatkan kos lebih tinggi berbanding harga sebenar.
"Kemungkinan akan berlaku ketirisan peruntukan disediakan kerajaan sehingga akan melemahkan ekonomi negara dan bukannya memajukan ekonomi,� ujarnya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Selain itu katanya masalah juga timbul kerana kerajaan negeri tidak diberi peluang untuk mengambil bagi dalam menjayakan projek tertentu ditetapkan kerajaan pusat bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.
Menurutnya kerajaan hanya mengekalkan kaedah projek pembangunan secara konvensional.
"Walaupun pakej itu nampak besar, namun ia belum mampu menjayakan tahap pembangunan seperti diharapkan, apa lagi mahu memulihkan ekonomi negara," katanya.
Husam mempersoalkan dari mana wang berkenaan akan dikeluarkan kerajaan bagi menjayakan pakej tersebut.
Oleh itu beliau mencadangkan kerajaan menyusun semula struktur ekonomi negara ekoran kegawatan ekonomi yang melanda sekarang dan bukan hanya mengumumkan jumlah angka tertentu semata-mata.

No comments
Post a Comment