rosmah menang main badminton?
|
|
ISTERI Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang meminati sukan badminton menunjukkan bakatnya pada Kejohanan Badminton Piala Datin Seri Rosmah Mansor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam.
Beliau yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meluangkan masa kira-kira 20 minit `bertarung’ dalam perlawanan beregu satu set yang diadakan sebelum perlawanan akhir kejohanan itu berlangsung.
Rosmah yang berganding bersama rakannya, S. Mohanambal menewaskan Datin Kalsum Ali Sultan Mohammad dan Yap Ee Ring dengan 15-13.
Pada kejohanan tersebut, Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara dan membawa pulang wang tunai RM1,500 serta piala pusingan manakala tempat kedua dimenangi oleh UKM dan Universiti Multimedia (MMU) pula tempat ketiga.
Rosmah turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Kejohanan tiga hari bermula 26 Februari itu disertai oleh 12 universiti termasuk Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Darul Iman, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
area bangi ada rasa gegar tak? semalam ada gegaran kawasan sumatera....ermmmm sapa lawan najib ni?
No comments
Post a Comment