Seluruh ahli digesa sertai Himpunan PPSMI
(Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man meminta seluruh ahli PAS bersama-masa menghadiri perhimpunan 100,000 rakyat di Istana Negara pada 7 Mac ini.
Iklan
Beliau yang dihubungi sebentar tadi menegaskan, walau bagaimanapun semua urusan pemergian akan diuruskan oleh PAS Kawasan masing-masing sama ada berkenderaan sendiri atau bas.
"Semua ahli dan penyokong PAS boleh pergi ke Istana Negara pada 7 Mac ini untuk bersama- sama membantah penggunaan Bahasa Inggeris terhadap Sains dan Matematik dalam pembelajaran di Malaysia," jelasnya.
Beliau berharap semua yang ingin serta ke sana mengikuti arahan yang diberikan oleh Gabungan Pemansuhan PPSMI iaitu tidak memakai sebarang petanda parti dan memakai pakaian putih sebagai simbolik penentangan tersebut.

No comments
Post a Comment