siapa yang tak bertamadun?
Sidang bawah pokok tidak bertamadun: Azalina
KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman, berkata tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, dan 27 anggota dewan yang terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas menghadiri persidangan dewan di bawah pokok adalah satu tindakan yang tidak bertamadun.
"Ia juga satu penghinaan kepada Sultan Perak (Sultan Azlan Shah). Apa yang pembangkang buat ialah melaksanakan undang-undang rimba," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Azalina berkata, tidak pernah dalam sejarah negara ini persidangan dewan undangan negeri diadakan di bawah pokok dan perkara itu menandakan partigabungan DAP-PKR-Pas tidak menghormati status dewan sebagai sebuah institusi yang mulia.
"Mereka telah tunjukkan belang mereka, sanggup menghalalkan apa saja asalkan dapat memerintah," katanya.
Persidangan pada 10.20 pagi itu adalah bagi meluluskan tiga usul, termasuk mengesahkan keputusan Sivakumar melarang Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, dan enam ahli Exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.
Usul lain ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar dan membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
makan duit haram macam mana?
balun wang rakyat macam mana?
pemimpin yang zalim macam mana?
umno dah lama tidak bertamadun!
puuuuuuuiiihhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments
Post a Comment