1malaysia kecewa...umno kecewa..najib buat pusingan u! malu la!
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap mampu untuk meneruskan agenda pentadbiran negara meskipun Pakatan Rakyat telah menolak idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan PAS.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat hari ini yang menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan itu.
Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat dalam satu mesyuarat hari ini memutuskan untuk menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan.
Najib berkata kerajaan BN masih kukuh dan mampu melaksanakan program pembangunannya.
"Istilah kerajaan perpaduan datang dari mereka (PAS) sendiri. Kita masih tetap dengan pendirian kita, sesuatu yang baik untuk negara mestilah diusahakan bersama walaupun mereka datang daripada parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Ketua-ketua Perwakilan Malaysia di luar negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.
Sebelum ini Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melontarkan cadangan mengenai penubuhan kerajaan perpaduan, bagaimanapun idea tersebut mendapat tentangan daripada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ditanya adakah penolakan cadangan kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh PAS itu akan menyebabkan kerajaan BN lemah, Najib berkata: "Tidak timbul soal kerajaan BN lemah sehingga perlukan kerajaan perpaduan."
Jelasnya, reaksi yang diberikan oleh kerajaan BN terhadap cadangan itu adalah sekadar memberikan respon positif kerana menganggap ianya (kerajaan perpaduan) sesuatu yang baik untuk negara.
Ketika ditanya sama ada penolakan oleh pakatan pembangkang itu akan merugikan orang Melayu, Najib berkata : "Saya rasa tidak. Saya harap mereka menimbang dengan betul apa saja yang mereka buat.
"Kita pula tidak akan terbawa-bawa dengan persoalan sama ada perbincangan ini diadakan atau pun tidak.
"Apa yang penting ialah kita tangani dengan baik perbezaan kita dan sentiasa mengutamakan kepentingan negara."
Ditanya sama ada perbincangan mengenai kerajaan perpaduan ini akan diadakan di masa hadapan, Perdana Menteri berkata bahawa dalam politik, apa saja boleh berlaku.

No comments
Post a Comment