Iktibar Perang Jamal-Jernihkan sebuah kekeruhan
Oleh : Abufateh
Seawal pemerintahan Saidina Ali KAW, suasana tegang berlaku di antara beberapa kelompok sahabat.
Saidina Zubair ra, Saidina Talhah ra dan Saidatina Aisyah ra berterusan mendesak Saidina Ali KAW agar menyegerakan qisas kepada pembunuh khalifah Uthaman ra. Pada mereka ianya mesti disegerakan tanpa kompromi.
Saidina Ali berpendapat sememangnya urusan qisas dan hukuman kepada pembunuh Saidina Uthman ra sewajarnya dijalankan, tetapi selepas urusan tertentu diselesaikan dan keadaan aman tenteram dapat diwujudkan.
Titik pertemuan mereka sama, pembunuh khalifah hendaklah diqisas, tapi masa dan teknikal pelaksanaan mereka bertelagah.
Ketegangan pendapat ini lah akhirnya membawa kepada berkumpulnya bala tentera kedua-dua pihak bagi menegakkan keadilan dan pendapat masing-masing.
Alhamdulillah, setelah betemu mata dengan mata kumpulan Saidatina Aisyah ra dapat menerima penejelasan daripada Khalifah Ali KAW dan peperangan dapat dielakkan.
Namun ianya disedari oleh puak munafik. Mereka sememangnya berhajat untuk melihat pertumpahan darah antara dua kumpulan ini. Antara watak utama yang mengisi ruang kemunafikkan ini ialah Abdullah bin Saba', seorang yang asalnya Yahudi daripada Yaman. Sebelumnya dia lah yang meracuni pemikiran penduduk Mesir agar memerangi Saidina Uthman ra semasa pemerintahannya, namun akhirnya rombongan perang dari Mesir itu digagalkan oleh Saidina Ali KWA dengan penjelasan dan dialog di sempadan.
Puak munafik ini telah berkumpul dan akhirnya mereka sepakat untuk membangkitkan fitnah dengan menyerang khemah tentera kedua-dua pihak yang telah berdamai pada waktu malam.
Mereka menyerang perkhemahan Saidatina Aisyah ra, lantaran terkejut pihak mereka menyangka bahawa serangan tersebut datanganya daripada pihak Saidina Ali KAW yang memungkiri perjanjian. Maka gemparlah bahawa mereka telah dikhianati oleh tentera dari Khufah.
Hal yang sama berlaku di perkehmahan tentera Saidina Ali KAW. Kecoh lah juga bahawa mereka telah diserang oleh kumpulan Basrah.
Kekalutan malam dan fitnah daripada puak munafik inilah akhirnya mencetuskan perang yang terkenal dengan Perang Jamal.
Hanya kerana sebuah perseilishan faham yang telah diredakan dan ditemui kata sepakat, namun dihidupakan kembali fitnah oleh puak-puak munafik. Tumpah juga akhirnya darah umat Islam di tangan saudara seagama.
Mungkin ada sesuainya kita renungi kisah-kisah fitnah di zaman pemerintahan Saidian Uthman ra dan Saidina Ali KAW guna untuk renungan era kalut ribut UG ini. Juga kisah perselisahan antara Saidina Ali KAW dan Saidian Muawiyah ra yang memakan korban kaum muslimin sehingga membawa kepada peristiwa Tahkim.
Saya tidak berhajat untuk menulis panjang, bacalah sirah untuk mencari panduan. Mungkin di sana ada pengajaran yang boleh kita renungkan.
No comments
Post a Comment