Khir Toyo : Jangan Tiru Macam Saya!
Oleh Angkasanuri
Mantan Menteri Besar Selangor Dato Seri Mohd. Khir Toyo menasihati kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor supaya tidak menyalah guna dan menyeleweng duit rakyat atau duit kerajaan negeri.
Nasihat itu berikutan Program Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat yang bakal diadakan di Selangor pada 30 Jun ini. Terima kasih kepada Khir Toyo kerana prihatin dan mengambil berat hal ehwal kewangan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat sekarang.
Bermakna Khir Toyo benci pada salah guna kuasa, guna kedudukan untuk tujuan peribadi atau parti. Dalam erti kata lain Khir Toyo cukup jijik dan benci pada rasuah.
Saya berharap Kerajaan Rakyat sudi mendengar dan mengikut nasihat dari mantan Menteri Besar Selangor. Tetapi macam mana pula dengan beliau sendiri? Siapa yang tanggung percutian dan perjalanan beliau ke Paris, Disneyland dan beberapa tempat di Eropah semasa menjadi Menteri Besar Selangor? Bagaimana pula dengan hadiah mahal-mahal yang bernilai jutaan ringgit sebagai 'cenderamata' semasa menjadi Menteri Besar dulu? Apa cerita seterusnya dengan isteri beliau berkenaan dengan wang BALKIS? Dalam masa yang sama kenapa tidak berani hadir dalam siasatan oleh Jawatankuasa Dun Selangor berkaitan kewangan kerajaan negeri (SELCAT) semasa zaman beliau dahulu? Apa yang beliau gentarkan sehingga digantung selama setahun dari menghadiri sidang DUN Selangor?
Kepada Khir Toyo sebelum nak berlagak baik kononnya berhemah soal kewangan dan benci pada rasuah bersihkan diri beliau dahulu dari segala dakwaan yang dikemukakan. Jika beliau berada di pihak yang benar saman pihak berkenaan yang menyiasat dan mengemukakan tuduhan dan bukti berkaitan kes beliau. Jika tidak, lebih baik je senyap dari sibuk-sibuk mempersoalkan ketelusan dan kewibawaan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

No comments
Post a Comment