Mana Janji Reformasi Muhyiddin?
Semua orang memerhati dalam kebingungan. Bingung dengan gelagat TS Muhyiddin Yassin yang pada waktu itu seorang Naib Presiden Amno yang sekarang ini sudah bergelar TPM. Membelasah dan mengamuk sakan supaya dilakukan reformasi dalaman ke atas Amno sehingga menyebabkan perletakkan jawatan Tun Lah dari takhta PM Malaysia. Perasan atau tidak, amukannya bertali arus terutama dari TS Muhyiddin yang inginkan perubahan kepimpinan atasan, yang jelasnya Tun Lah meletakkan jawatan bagi membolehkan DS Najib mengambil alih jawatan PM seterusnya membuat reformasi ke atas Amno.
Masa itu, nampak benar kata-kata dan ucapan Muhyiddin seperti ada idea besar yang akan di ketengahkan dan dibuat seterusnya berlakulah perubahan yang boleh diterima oleh rakyat marhaen keseluruhannya! Betulkah?
Sejak kedua-duanya memegang jawatan 1 dan 2, apakah perubahan segera yang boleh dinampak? Atau ada perancangan besar janka panjang yang dibuat selain 1Malaysia? Kebanyakkan Menteri juga sudah tidak berkokok termasuk Muhyiddin. Kalau dilihat dalam TV3/4, cara menjawab soalan pemberita pun nampak macam dibuat-buat, diulang-ulang seperti berlakun! Apakah idea besar itu yang menyebabkan terpaksa mengorbankan kedudukan Tun Lah sebagai PM? Atau cuma untuk mendapatkan jawatan 1 & 2 sahaja?
Bukan senang memerintah sebuah kerajaan dengan otak kosong tanpa wawasan dan idea asli yang berfikiran cerdas. Kalau cuma mengikut arus dan situasi semasa, serahkan pemerintahan kepada pentadbir negara yang diketuai KSU pun boleh. Inilah hakikatnya. Peritnya di bawah pemerintah yang tidak mesra rakyat, memikir pasal rakyat dan akhirnya rakyat marhaen akan terasa bahangnya. Betapa sukarnya golongan marhaen mencari rezeki. Setakat berlakun naik bas mini, LRT atau lawat pasar chow kit, lorong haji taib, tidak bermakna apa-apa buat rakyat. Rakyat tahu perbuatan itu dari hati atau cuma lakunan seperti sitcom! Sedarlah.....
Hanya Allah jua tempat kita meminta.............................
- My As
25.06.2009

No comments
Post a Comment