menatang "katak" yang penakut dan pengecut!

IBRAHIM Ali `Al-Kataki' seorang-seorangnya Ahli Parlimen yang menjadi Wakil Rakyat atas ihsan Pas yang menang atas tiket Bebas. Sebaik sahaja beliau diumumkan sebagai pemenang pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, bergema dewan tempat pengumuman dengan laungan Takbir dan Ibrahim Ali ini tersenyum lebar sambil memakai baju Melayu yang berlencanakan lambang Pas.

Memang wajar beliau tersenyum megah kerana sebelum ini telah beberapa kali beliau bertanding sebagai Calon Bebas di Parlimen Pasir Mas dan juga di Dun tetapi undi yang beliau perolehi amat memalukan.

Kini, Ibrahim seperti melukut di tepi gantang dalam politik. Pas tidak pelawa, malahan Pas mendesaknya meletakkan jawatan sebagai MP Pasir Mas kerana beliau telah mengkhianati kepercayaan pengundi di Pasir Mas. PKR sudah semestinya tidak akan berselera dengan Ibrahim ini kerana kebanyakan pemimpin di dalam PKR adalah bekas-bekas ahli Umno dan mereka kenal siapa `Raja Katak' tersebut.

Maka, Ibrahim Ali hanya mengharapkan kalau-kalau Umno berselera atau kepingin untuk menerimanya kembali setelah beliau terperosok tersembam di dalam tong setelah ditendang keluar dari Umno secara amat memalukan. Nasib baik selepas itu, beliau di`pelihara' oleh Pas dan beliau berkata bahawa beliau sanggup duduk di tangga Pas. Itu cara `Raja Katak' menagih simpati.

Baru-baru ini ketika isu Kerajaan Perpaduan hangat diperkatakan, Ibrahim Ali menyatakan bahawa Mursyidul Am serta mereka-mereka yang menolak Kerajaan Perpaduan dengan Umno ini adalah kerana takut kepada PKR dan DAP.

Beliau berkata Pas takut akan kehilangan sokongan dari PKR dan DAP. Ibrahim berhujah, apalah salahnya Pas menerima untuk berunding dan bekerjasama dengan Umno kerana Pas nanti boleh menyuarakan apa jua kepentingan agama atau negara kepada Umno. Lucu sungguh hujah `Raja Katak' ini.

Lupakah Ibrahim Ali apa yang Umno lakukan terhadap beliau? Apa salah beliau sehingga Umno menendangnya keluar sedemikian rupa? Jika Ibrahim Ali sebagai pemimpin Umno yang mengetuai Bahagian Umno, malahan bekas seorang Menteri di dalam Kerajaan Umno/Bn boleh dikhianati sebegitu rupa, apa jaminan Pas pula?

Mengapa Ibrahim Ali tidak berunding dan berbincang dengan pemimpin Umno ketika itu? Bolehkah agaknya jika beliau berunding dengan pemimpin Umno ketika itu, jawatan beliau dan kedudukan beliau di dalam politik Umno boleh diselamatkan? Sebenarnya, `Raja Katak' ini pun tahu siapa Umno sebenarnya kerana beliau sendiri sudah kena akibat bermain dengan Umno.

Oleh yang demikian, memang wajar kita menolak Umno sebulat-bulatnya. Janganlah dicari mana-mana dalil atau nas untuk `membersihkan' Umno kerana hanya dengan satu cara sahaja untuk kita menghapuskan kezaliman Umno/Bn di muka bumi ini iaitu dengan melalui pilihanraya umum akan datang.

Beberapa langkah yang telah PR lakukan sudah tepat membuatkan beberapa `batu nisan' Umno telah kita tanamkan. Satu lagi `batu nisan' bakal akan kita sediakan untuk Umno di Manek Urai. Kita sediakan `batu nisan' ini sudah terlalu lama buat Umno/Bn, jangan `batu nisan' memakan tuan sudahlah./ (TAJUK ASAL DARI wfauzdin.blogspot.com -IBRAHIM `RAJA KATAK' KATA PAS PENAKUT? )

No comments

Powered by Blogger.