Michael Jackson

Teman saya menghantar sms: 'Michael Jackson dah mati kejap tadi. Patutkah aku baca al-Fatihah untuknya?'

Saya menyangkakan ia lawak kerana teman saya itu memang suka berjenaka yang bukan-bukan. Tetapi benar Michael Jackson sudah meninggal dunia. Saya bukanlah peminat Michael Jackson. Ketika menuntut di Universiti Malaya, saya ingat Michael pernah menyanyi di Kuala Lumpur dan membeli-belah di One Utama, Damansara. Itu saja ingatan saya tentang Michael Jackson.

Lain dari itu kita juga selalu jengkel dengan berita dan khabar pelik tentangnya. Salah satu yang menuntut rasa skeptis ialah adanya berita sensasi Michael Jackson menganut Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel.

Majlis memeluk Islam pada tahun 2007 itu dikatakan dianjurkan di rumah pemain keybord band Toto dan komposer musik pada album Thriller, Steve Porcaro (51), Hollywood Hill, Los Angeles. Turut hadir komposer dari Kanada, David Warnsby (Daud Warnsby Ali) dan produser album Phillip Bubbal (Idris Phillips). Abang Michael Jackson, Jermaine Friday yang kini menetap di Dubai, memeluk Islam pada tahun 1989.

Apa yang menyenangkan hati saya saat ini, tatkala membuka saluran berita CNN dan BBC, tiada lagi berita palsu dari Tehran masuk. Mereka kini disibukkan dengan Michael Jackson, ya, sekurang-kurangnya, untuk beberapa hari lagi.

Foto Michael Jackson menyarung abaya (pakaian tradisi wanita negara Teluk) di Manama, Bahrain.

No comments

Powered by Blogger.