MP Tumpat, Machang dan Pendang bahas Fasal 25 RUU DNA

Perbahasan (D.R. 13/2008) – Rang Undang-undang Identifikasi AsidDeoksiribonukleik (DNA) 2008 – Pertimbangan dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis (28 Ogos 2008). (Kementerian Dalam Negeri) [22 - 23 Jun 2009]


Ahli Parlimen Tumpat, Machang dan Pendang membahaskan cadangan Ahli Parlimen Serdang meminda Fasal 25 RUU DNA.




FASAL 25
Perlindungan terhadap apa-apa prosiding undang-undang
25. Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap -
(a) Menteri;
(b) Ketua Bank Data DNA;
(c) Timbalan Ketua Bank Data DNA;
(d) pegawai Bank Data DNA;
(e) pegawai perubatan kerajaan; atau
(f) ahli kimia,
berkenaan apa-apa perbuatan, keabaian, keingkaran atau peninggalan yang dilakukan olehnya dengan suci hati dalam menjalankan kuasa, fungsi dang tanggungjawabnya di bawah Akta ini atas sifat yang sedemikian.

PINDAAN YANG DICADANGKAN OLEH YB MENTERI DALAM NEGERI
Fasal 25 Rang Undang-Undang dipinda dengan memotong perkataan “keabaian, keingkaran”.

No comments

Powered by Blogger.