Sebahagian Dari Kelebihan Abu Hurairah r.a


حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ وَأَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ جَمِيعًا عَنْ سُفْيَانَ قَالَ زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ الْأَعْرَجِ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُا
إِنَّكُمْ تَزْعُمُونَ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ يُكْثِرُ الْحَدِيثَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاللَّهُ الْمَوْعِدُ كُنْتُ رَجُلًا مِسْكِينًا أَخْدُمُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى مِلْءِ بَطْنِي وَكَانَ الْمُهَاجِرُونَ يَشْغَلُهُمْ الصَّفْقُ بِالْأَسْوَاقِ وَكَانَتْ الْأَنْصَارُ يَشْغَلُهُمْ الْقِيَامُ عَلَى أَمْوَالِهِمْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَبْسُطْ ثَوْبَهُ فَلَنْ يَنْسَى شَيْئًا سَمِعَهُ مِنِّي فَبَسَطْتُ ثَوْبِي حَتَّى قَضَى حَدِيثَهُ ثُمَّ ضَمَمْتُهُ إِلَيَّ فَمَا نَسِيتُ شَيْئًا سَمِعْتُهُ مِنْهُ

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Adakah kamu mendustai bahawa Abu Hurairah banyak meriwayatkan Hadis dari Rasulullah s.a.w? Demi Allah aku akan membuktikannya. Sesungguhnya aku seorang yang miskin, aku menjadi khadam Rasulullah s.a.w dengan hanya diberi makan sahaja. Ketika Orang-orang Muhajirin berdagang di pasar-pasar dan Orang-orang Ansar sibuk mengembangkan harta benda mereka. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membentangkan pakaiannya beliau tidak akan lupa apa yang beliau dengar dariku. Aku terus membentang pakaianku dan baginda memberikan kesemua Hadis baginda sehingga selesai. Kemudian aku mengumpulkannya dan tidak lupa apa-apa yang aku dengar dari baginda.


حَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى التُّجِيبِيُّ أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَنَّ عُرْوَةَ بْنَ الزُّبَيْرِ حَدَّثَهُ أَنَّ عَائِشَةَ قَالَتْ أَلَا يُعْجِبُكَ أَبُو هُرَيْرَةَ جَاءَ فَجَلَسَ إِلَى جَنْبِ حُجْرَتِي يُحَدِّثُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسْمِعُنِي ذَلِكَ وَكُنْتُ أُسَبِّحُ فَقَامَ قَبْلَ أَنْ أَقْضِيَ سُبْحَتِي وَلَوْ أَدْرَكْتُهُ لَرَدَدْتُ عَلَيْهِ
إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَكُنْ يَسْرُدُ الْحَدِيثَ كَسَرْدِكُمْ
Hadis Saidatina Aisyah r.a:
Aisyah pernah berkata kepada Urwah bin Az-Zubair: Apakah kamu tidak merasa kagum terhadap Abu Hurairah r.a? Dia datang lalu duduk di sebelah bilikku lantas menceritakan Hadis dari Nabi s.a.w. Dia sengaja memperdengarkan cerita tersebut kepadaku. Saat itu aku sedang mendirikan sembahyang sunat. Dia berdiri meninggalkan tempat itu sebelum aku selesai sembahyang sunat tersebut. Seandainya aku sempat mendapatinya pada waktu itu nescaya aku akan katakan kepadanya berulang-kali: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak pernah bersabda secara tergesa-gesa seperti yang kamu lakukan.

(HADIS RIWAYAT MUSLIM)
KITAB : Kelebihan Para Sahabat R.A
BAB : Sebahagian Dari Kelebihan Abu Hurairah R.A

No comments

Powered by Blogger.