Tengku TT beri Manohara 7 hari bukti dakwaan didera
Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra memberikan tempoh tujuh hari kepada isterinya, Manohara Odelia Pinot bagi mengemukakan bukti penderaan yang didakwanya atau bakal menghadapi tindakan undang-undang.
"Tengku TT (Tengku Temenggung) tuntut bukti (penderaan). Sekiranya gagal dalam tempoh seminggu, beliau akan mengambil tindakan balas," kata sahabat karib kepada putera ketiga Sultan Kelantan itu, Mohd Soberi Shafii.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mohd Soberi berkata, Manohara dan ibunya, Daisy Fajarina juga dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap kesemua dakwaannya yang dibuatnya sebelum ini.
Mohd Soberi menambah, tindakan susulan melalui mahkamah atau pihak berkuasa terhadap Manohara dan Daisy akan ditentukan setelah mereka melantik peguam yang sesuai - selepas tamat tempoh akhir yang diberikan, 9 Jun depan.
Manohara kelmarin dilaporkan melarikan diri dengan pertolongan kedutaan Amerika Syarikat di Singapura selepas menziarahi Sultan Kelantan yang sedang mendapatkan rawatan kesihatan di Kota Singa itu.
Bercakap kepada media Indonesia, bekas model terkenal itu mendakwa dia didera secara emosi, fizikal dan seksual oleh suaminya - termasuk disuntik hormon bagi menggemukkan badan - ketika berada di Kelantan.
Manohara juga turut dilaporkan semalam, bakal membuat pemeriksaan perubatan di negara itu bagi membuktikan dakwaannya itu.
Pemeriksaan perubatan
Bagaimanapun, sehingga hari ini, usaha Malaysiakini menghubungi Daisy di Jakarta bagi mengesahkan perkara itu masih belum berhasil.
Mengulas lanjut, Mohd Soberi berkata, Tengku Muhammad Fakhry mengalu-alukan isterinya melakukan pemeriksaan perubatan.
Bagaimanapun, beliau hanya akan mengiktiraf pemeriksaan perubatan itu sekiranya ia dilakukan oleh pengamal perubatan yang berkecuali.
"Kita alu-alukan dengan syarat bukan dibuat di Indonesia atau Malaysia, bukan (dikendalikan oleh pakar) rakyat Indonesia atau Malaysia. Buatlah di mana-mana pun sama ada di Australia, Amerika Syarikat, London atau Perancis," katanya.
Mohd Soberi berkata, Tengku Temenggung juga meminta Manohara dan Daisy membuat laporan polis di negara ini jika yakin berada di pihak yang benar.
"Tengku TT akan jamin keselamatannya di sini. Kita akan minta polis beri kerjasama," kata Mohd Soberi, yang juga seorang ahli perniagaan di Kuala Lumpur.
Tengku TT 'tenang tapi dukacita'
Ditanya tentang keadaan Tengku Temenggung sekarang, Mohd Soberi berkata, putera raja itu "tenang", tetapi "dukacita" dengan sikap isterinya yang sanggup menaburkan fitnah terhadapnya.
Tengku Muhammad Fakhry juga dikatakan tidak berniat memujuk isterinya supaya tidak memfailkan penceraian terhadapnya.
"Pujuk tak ada. Tetapi kalau ada keinsafan, beliau akan pertimbangkan memberi kemaafan," katanya Mohd Soberi.
Katanya, putera raja itu juga tidak akan menghubungi isteri dan ibu mertuanya di Jakarta kerana "kebiadaban" Daisy yang tidak mahu bertemu dengan Sultan Kelantan yang gering sewaktu berada di Singapura.
"Sikap kurang ajar (Daisy) itu tidak ada kompromi," katanya.

No comments
Post a Comment